
Dari جامع العلوم و الحكم oleh Imam Ibn Rajab Al-Hanbali. Ketika mensyarahkan hadis "Aku haramkan kezaliman keatas DiriKu" Ibn Rajab berkata : "Makna kezaliman adalah diazab kerana dosa orang lain....ini menunjukkan Allah mampu untuk melakukan kezaliman tetapi Dia tidak melakukannya kerana kemuliaan dan keihsananNya kepada hambanya." Ibn Rajab Al-Muktazili? Berani ke nak kata? Ini adalah non-issue dan perihal furu' aqidah yang dijadikan isu oleh mereka yang tidak biasa mendengar pandangan yang lain daripada yang lain. Ya, anda boleh bawa kalam-kalam ulama Ashaa'irah, memang Ashaa'irah menakrifkan Kezaliman berbeza. Saya bersama Ibn Rajab dan Ibn Taymiyah dalam isu ini. Nak sangkal bawa hujah Ashaa'irah dan lawankan dengan hujah Ibn Taymiyah jangan hanya main label.