"Syurga dibawah telapak kaki ibu" Tidak ada buktinya dari Rasulullah SAW.

"Syurga dibawah telapak kaki ibu" Ibn Taimiyah berkata: "Lafaz hadith ini tidak ada bukti daripada Rasulullah, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu boleh menjadi sebab untuk masuk syurga. Pendapat Ibn Taimiyah ini dicatatkan oleh al-Albani dalam buku 'Silsilah Ahadith Dhaifah wa al-maudhu'h." Az-Zahabi menyebut hadith ini dalam 'Mizan al-I'tidal daripada Ibn Abbas secara marfu' iaitu susur galurnya pelapornya sampai kepada Rasulullah. Dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin 'Ata'. Abu Zur'ah dan Abu Hatim mengatakan "Musa bin Muhammad bin 'Ata' adalah pendusta". An-Nasaie berkata: "Dia tidak thiqah" . Al-Daruqutni berkata: "hadith ini matruk(ditinggalkan hadithnya)". Inilah yang dinukilkan oleh Ibn Taimiyah dalam buku 'al-ahadith al-Maudhua'h. Hadith sahih yang lain dengan lafaz berbeza serta menceritakan isi kandungan yang sama dengan hadith di a...