"Syurga dibawah telapak kaki ibu" Tidak ada buktinya dari Rasulullah SAW.
"Syurga dibawah telapak kaki ibu"
Ibn Taimiyah berkata:
"Lafaz hadith ini tidak ada bukti daripada Rasulullah, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu boleh menjadi sebab untuk masuk syurga. Pendapat Ibn Taimiyah ini dicatatkan oleh al-Albani dalam buku 'Silsilah Ahadith Dhaifah wa al-maudhu'h."
Az-Zahabi menyebut hadith ini dalam 'Mizan al-I'tidal daripada Ibn Abbas secara marfu' iaitu susur galurnya pelapornya sampai kepada Rasulullah.
Dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin 'Ata'. Abu Zur'ah dan Abu Hatim mengatakan "Musa bin Muhammad bin 'Ata' adalah pendusta".
An-Nasaie berkata: "Dia tidak thiqah" .
Al-Daruqutni berkata:
"hadith ini matruk(ditinggalkan hadithnya)".
Inilah yang dinukilkan oleh Ibn Taimiyah dalam buku 'al-ahadith al-Maudhua'h.
Hadith sahih yang lain dengan lafaz berbeza serta menceritakan isi kandungan yang sama dengan hadith di atas adalah seperti berikut:
Diceritakan oleh Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad SAW lalu berkata:
"sesungguhnya aku ingin menyertai perang jihad, dan aku datang meminta pendapat kamu."
Lalu Nabi Muhammad SAW bertanya:
"Adakah kamu masih mempunyai ibu?".
Dia menjawap:
" Ya".
Rasulullah SAW bersabda:
"Pergilah dan berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua kakinya".
Hadith ini direkodkan oleh an-Nasaie dan Tabrani dan al-Hakim.
Al-Hakim menyatakan ia sahih, dan disokong oleh az-Zahabi dan al-Munziri.
Ulasan
Catat Ulasan