Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Mencela masa

Imej
LARANGAN MENCELA MASA  Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:  قالَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ: يُؤْذِينِي ابنُ آدَمَ؛ يَسُبُّ الدَّهْرَ، وأنا الدَّهْرُ، بيَدِي الأمْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ والنَّهارَ  Maksudnya: "Allah SWT berfirman: “Anak Adam telah menyakitiKu, dia suka mencela masa. Padahal Aku Pencipta masa. Di tanganKu lah segala urusan dan Akulah yang mempergilirkan siang dan malam.”  HR Bukhari (7491) Contoh Mencela Masa:  - Hari ni nasib aku tak macam semalam, kenapalah jadi macam ni..  - Kenapalah masa ni singkat sangat, tak sempat nak siap kerja..  -Tahun ni semua tak menjadi, bisnes aku rugi. Sumber: FB JAKIM

Kanser mampu diubat dengan Ruqyah?

KANSER ITU PUNCANYA SIHIR? Pada hari ini,penyakit kanser sering menjadi bualan org ramai&masyarakat d seluruh dunia bahkan doktor&saintis masih belum mengetahui punca sebenar yg boleh d sabitkan dgn penyakit kanser. Penyakit kanser sering d kaitkan dgn keturunan,cara pemakanan tidak sihat dan gaya hidup tidak sihat serta ketidak seimbangan genetik dlm hormon dan lain2 punca spekulasi yg dispekulasikan oleh para doktor. Namun demikian kami sangat meyakini hasil dpd pengalaman,pandangan,kajian& beberapa bukti dlm kitab Al-Quran yg menyatakan bahawa penyakit kanser berpunca dpd gangguan makhluk jin&sihir. Kebiasaan penyakit kanser ini dibawa oleh jin-jin yg tahap kekuatannya luar biasa di kalangan jin-jin biasa. Jin-jin jenis ini amat kejam,zalim yg membawa sumpah mereka untuk membunuh setiap manusia.Jin-jin ini akan meresapi sel darah merah&setiap urat saraf serta menjadikan tempat utk membunuh di bahagian dada manusia.Maka itu kemuncak kepada penyakit kanser itu,akan...

ISU YAQAZAH

SEDIKIT PANDANGAN TENTANG YAQAZAH (1) Dalam Kutub Sittah, Musnad Ahmad dan Sunan Ad-Daarimi, hadis-hadis berkenaan isu ini ada lebih kurang 42 buah (sumber : app جامع الكتب التسعة). (2) Paksi hujah pendakwa Yaqazah pula adalah hadis sahih riwayat Bukhari nombor 6993 ini : “Siapa yang melihat aku dalam tidur maka dia akan melihat aku secara jaga…” من رآني في المنام فسيراني في اليقظة…. Juga hadis nombor 3904 dalam Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad hadis 3798 dengan maksud yang lebih kurang sama. (3) Namun dalam hadis-hadis riwayat Muslim no 2266 dan Sunan Abu Dawud hadis 5023, jelas-jelas perawinya yaitu Abu Hurairah r.a menyatakan keraguannya, bahawa dia tidak pasti sama ada Nabi kata “…akan melihat aku secara jaga” atau “seolah-olah melihat aku secara jaga”. من رآني في المنام فسيراني في اليقظة أو لكأنما رآني في اليقظة Ingat, ada pengakuan keraguan daripada perawi sendiri. Jika ada ragu maka kita sepatutnya ambil kemungkinan yang lebih kuat.  (4) Sunan Ibn Majah hadis 3904 (riwayat A...

Ilmu kebal dalam Islam

Imej
[ADAKAH WUJUD ILMU KEBAL DALAM ISLAM] Pada tahun 79 hijrah, ada seorang pengamal ilmu kebal. Beliau seorang yang zuhud, banyak berzikir dan beribadat, namun akhirnya dinodai syaitan kerana mendakwa diri sebagai Nabi.  Orang tersebut bernama al-Harith al-Dimashq. Beliau hidup pada zaman Khalifah Abd al-Malik bin Marwan.  Kata Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah: . فلما انتهوا به إلى عبد الملك أمر بصلبه على خشبة، وأمر رجلا فطعنه بحربة، فانثنت في ضلع من أضلاعه ، فقال له عبد الملك: ويحك، أذكرت اسم الله حين طعنته؟ فقال: نسيت. فقال: ويحك، سم الله، ثم اطعنه. قال: فذكر اسم الله ثم طعنه فأنفذه، وقد كان عبد الملك حبسه قبل صلبه، وأمر رجالا من أهل العلم والفقه أن يعظوه ويعلموه أن هذا الذي به من الشيطان، فأبى أن يقبل منهم، فصلبه بعد ذلك، وهذا من تمام العدل والدين  . Tatkala mereka [tentera] berjaya menangkap al-Harith dan membawa mengadap Khalifah Abd al-Malik bin Marwan, Khalifah memerintahkan agar al-Harith disalib atas potongan kayu.  Khalifah juga mengarahka...