Hadis Ikut Keyakinan Masing-masing?
Hadis Ikut Keyakinan Masing-masing? ========= 1. Ada yang menyatakan bahawa kebolehpercayaan terhadap hadis adalah mengikut keyakinan masing-masing. Kenyataan sebegini adalah tidak benar. Ini kerana penyampaian hadis telah melalui sistem sanad yang ketat sehingga diyakini kebenaran maklumat yang direkodkan. 2. Manakala perbezaaan pengamalan dan penghujahan hadis tidak menafikan kebolehpercayaan (reliability) hadis. Ini kerana, pembangunan sistem sanad yang kompleks dengan jaringan jalur sanad yang solid telah berjaya mengesahkan keabsahan (authenticity/validity) hadis. 3. Bukan sekadar sarjana Muslim sepakat terhadap perkara ini, penyelidik barat turut mengakui hadis yang direkodkan melalui sistem sanad dengan perawi yang siqah sukar untuk dicabar kebenarannya. 4. Harald Motzki, Andreas Gorke dan Gregor Schoeler adalah antara beberapa nama professor barat yang mengakui kekukuhan sistem sanad dan keabsahan maklumat hadis. Saringan perawi yang ketat melalui prinsip al-Jarh wa al-Ta’...