Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Tukang Cerita

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: "Tatkala ramainya orang awam lebih suka kepada tukang cerita, maka menjadi banyaklah pengikut tukang cerita dan menjadi sedikitlah pengikut kebenaran." 📚 Talbis Iblis, 335

Imam As Syarie

Abu Musa merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang sangat merdu suaranya, sehinggakan baginda SAW menyebut padanya, "شوقنا إلى ربنا!"  Asyikkan kami kepada Tuhan kami wahai Abu Musa! Selain Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib, beliau antara sahabat Nabi yang terawal memeluk Islam dan kemudian beliau menjadi rujukan kepada para sahabat yang lain semasa Rasulullah SAW masih hidup lagi. Legasi keilmuan ini diwariskan ke anak cucunya sehingga kurun keempat iaitu Abu al-Hasan al-Ash'ari yang digelar oleh Imam al-Zahabi sebagai al-Allamah Imam al-Mutakallimin, yang mengiktiraf beliau sebahagian tokoh yang memberi sumbangan gergasi kepada dunia Islam. Pengasas mazhab akidah al-Asha'irah ini mengalami banyak peringkat perubahan dalam hidupnya hasil daripada sikap inkuiri iaitu sikap ingin tahu dan suka mencari kebenaran, merentasi mazhab fiqh daripada fiqh Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris al-Shafi'i seterusnya Ahmad bin Hanbal. Daripada mazhab Muktazilah y...