Imam As Syarie
Abu Musa merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang sangat merdu suaranya, sehinggakan baginda SAW menyebut padanya,
"شوقنا إلى ربنا!"
Asyikkan kami kepada Tuhan kami wahai Abu Musa!
Selain Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib, beliau antara sahabat Nabi yang terawal memeluk Islam dan kemudian beliau menjadi rujukan kepada para sahabat yang lain semasa Rasulullah SAW masih hidup lagi.
Legasi keilmuan ini diwariskan ke anak cucunya sehingga kurun keempat iaitu Abu al-Hasan al-Ash'ari yang digelar oleh Imam al-Zahabi sebagai al-Allamah Imam al-Mutakallimin, yang mengiktiraf beliau sebahagian tokoh yang memberi sumbangan gergasi kepada dunia Islam.
Pengasas mazhab akidah al-Asha'irah ini mengalami banyak peringkat perubahan dalam hidupnya hasil daripada sikap inkuiri iaitu sikap ingin tahu dan suka mencari kebenaran, merentasi mazhab fiqh daripada fiqh Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris al-Shafi'i seterusnya Ahmad bin Hanbal.
Daripada mazhab Muktazilah yang dipelajari daripada ayah tirinya, Abu Ali al-Jubba'i sehinggalah beliau menyokong akidah Ahlussunnah wal Jamaah seperti yang dianut oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Alangkah ruginya mereka yang menyisihkan dan tidak mengambil faedah daripada idea Abu Hasan al-Ash'ari, begitu juga mereka yang mengeluarkan Ahlul Athar/Salafiyah daripada kelompok Ahlussunnah wal Jamaah.
Semoga Allah merahmati kedua-dua tokoh ini dengan rahmat yang sangat luas dan menghapuskan segala tokok tambah yang disandarkan pada nama mereka.
____________________________
Sumber Abu Musa al-Ash'ari:
• Siyar A'lam al-Nubala' oleh al-Zahabi, 381/2
• Ibnu 'Allan
Sumber Abu al-Hasan al-Ash'ari:
• Siyar A'lam al-Nubala'oleh al-Zahabi, 86/15
• Al-Ibanah 'an Usulid Diyanah
• Mukhtasar Mazhab Akidah dan Fiqah Umat Islam oleh Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
• Artikel Majalah Universiti Islam Madinah bil. 23 oleh Sheikh Hammad al-Ansori
Ulasan
Catat Ulasan