Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Doa kesembuhan

DOA MEMOHON KESEMBUHAN MENURUT HADITH SAHIH. Allahumma rabban naas mudzhibal ba'si isyfi antasy-syaafii laa syafiya illaa anta syifaa'an laa yughaadiru saqoman. Amsihil ba'sa rabbannaasi biyadikas syifaa'u laa kaasyifa lahu illa anta. Ya Allah Rabb manusia, dzat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit. Hilangkanlah rasa sakit wahai Rabb manusia, di tangan-Mu lah segala kesembuhan, dan tidak ada yang dapat menyingkap penyakit tersebut melainkan Engkau. Perawi akan dikemaskini kemudian.

HUKUM LETAK PELEPAH TAMAR PADA KUBUR

Imej
Berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan hukum meletakkan pelapah tamar pada sesuatu kubur. PERTAMA: DIBOLEHKAN SEBAB IKUT NABI Mereka berpendapat bahawa meletakkan pelepah tamar pada kubur adalah dibolehkan hanya kerana ia pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Imam al-Ramli menyatakan dalam kitab Nihayah al-Muhtaj: ويستحب وضع الجريد الأخضر على القبر للاتباع أي: اتباع الرسول صلى الله عليه وسلم في ذلك “digalakkan meletakkan pelepah tamar yang masih hijau atas kubur kerana ittiba’; iaitu mengikut Rasulullah saw dalam hal demikian itu. Dalam kitab Sahih al-Bukhari, ada disebut; وَأَوْصَى بُرَيْدَةُ الأَسْلَمِيُّ: «أَنْ يُجْعَلَ فِي قَبْرِهِ جَرِيدَانِ» “Buraidah al-Aslami memberikan wasiat bahawa diletakkan pada kuburnya dua pelepah tamar” Menjadi kebiasaan bagi imam al-Bukhari bahawa beliau cenderung kepada sesuatu pendapat, beliau akan nukilkan amalan salaf soleh pada terjemah bab. KEDUA: DIBOLEHKAN SEBAB PELEPAH TAMAR BERZIKIR Pada pendapat ini pula, mereka menyatakan ...