HUKUM LETAK PELEPAH TAMAR PADA KUBUR
Berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan hukum meletakkan pelapah tamar pada sesuatu kubur.
PERTAMA: DIBOLEHKAN SEBAB IKUT NABI
Mereka berpendapat bahawa meletakkan pelepah tamar pada kubur adalah dibolehkan hanya kerana ia pernah dilakukan oleh Rasulullah saw.
Imam al-Ramli menyatakan dalam kitab Nihayah al-Muhtaj:
ويستحب وضع الجريد الأخضر على القبر للاتباع أي: اتباع الرسول صلى الله عليه وسلم في ذلك
“digalakkan meletakkan pelepah tamar yang masih hijau atas kubur kerana ittiba’; iaitu mengikut Rasulullah saw dalam hal demikian itu.
Dalam kitab Sahih al-Bukhari, ada disebut;
وَأَوْصَى بُرَيْدَةُ الأَسْلَمِيُّ: «أَنْ يُجْعَلَ فِي قَبْرِهِ جَرِيدَانِ»
“Buraidah al-Aslami memberikan wasiat bahawa diletakkan pada kuburnya dua pelepah tamar”
Menjadi kebiasaan bagi imam al-Bukhari bahawa beliau cenderung kepada sesuatu pendapat, beliau akan nukilkan amalan salaf soleh pada terjemah bab.
KEDUA: DIBOLEHKAN SEBAB PELEPAH TAMAR BERZIKIR
Pada pendapat ini pula, mereka menyatakan bahawa meletakkan pelepah tamar di kubur itu ada khasiatnya tersendiri; iaitu dengan kepercayaan bahawa pelepah tamar yang masih hijau—belum kering itu, hakikatnya ia sedang berzikir.
Kata Ibn Hajar al-Haitsami dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj:
يُسَنّ وضع جريدة خضراء على القبر للاتباع وسنده صحيح ؛ ولأنه يخفف عنه ببركة تسبيحها إذ هو أكمل من تسبيح اليابسة لما في تلك من نوع حياة
“Digalakkan meletak pelepah tamar yang masih hijau atas kubur kerana ittiba’ (ikut Nabi saw). Dan sandarannya adalah sahih. Ia juga dapat meringankan (azab) dengan sebab keberkatan tasbih pelepah tamar tersebut. Hal in kerana, tasbih pelepah tamar yang basah itu lebih sempurna berbanding pelepah tamar yang basah kerana ia juga salah satu jenis hidup”
KETIGA: KHUSUS UNTUK NABI SAHAJA
Pendapat yang ketiga pula menyatakan bahawa amalan pacak pelepah tamar yang dapat mengurangkan azab, itu hanya khusus untuk nabi Muhammad saw. Ini adalah pendapat al-Imam al-Khattabi.
Antara hujah yang dikemukakan adalah seperti berikut;
SATU: kalau pelepah tamah basah, maka ia berzikir, ia bercanggah dengan ayat al-Quran yang sebut, semua makhluk berzikir.
Firman Allah:
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (44) – الإسراء
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”
PENJELASAN: al-Quran menjelaskan bahawa semua makhluk yang ada di bumi dan di langir berzikir bertasbih, tanpa dibataskan yang masih hijau sahaja. dalam erti kata yang lain, pelepah tamar yang kering pun turut berzikir kepada Allah.
Jika dikatakan pelepah tamar yang masih hijau sahaja berzikir, ini sudah bercanggah dengan firman Allah ini yang menyebut bahawa semua makhluk tanpa dibataskan kering atau basah bahawa berzikir kepada Allah.
Justeru, dakwaan mengatakan pelepah tamar yang basah (masih hijau) sahaja yang berzikir yang dengan itu dikurangkan azab adalah tidak tepat.
DUA: Apabila semua berzikir, tidak kira pelepah tamar hijau atau kering, maka ini dapat difahami bahawa amalan pacak pelepah tamar itu adalah khususiyyah al-Nabi saw.
Hujahnya adalah seperti berikut;
Dalam hadis, ada dijelaskan bahawa manusia tidak dapat mendengar suara orang yang sudah mati.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw ada bersabda:
إِذَا وُضِعَتِ الجِنَازَةُ، وَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً، قَالَتْ: قَدِّمُونِي، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ، قَالَتْ: يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الإِنْسَانَ، وَلَوْ سَمِعَهُ صَعِقَ"
“apabila jenazah sudah diletakkan, dan para lelaki sudah menanggung jenazah atas tengkok mereka (untuk bawa ke kubur). Ketika itu, Jenazah itu jika dia orang baik, dia akan berkata: segerakan aku. Jika dia bukan orang baik, dia akan kata: Wahai kecelakaan, mereka mahu bawa aku ke mana? Suaranya itu didengari oleh semua perkara kecuali manusia sahaja. andai manusia dengar, sudah pasti mereka akan pengsan” (al-Bukhari, hadis no: 1314)
PENJELASAN: hadis ini memberitahu bahawa manusia tidak dapat mendengar suara orang mati, sedangkan dalam hadis bab, bahawa Nabi saw mendengar suara orang dalam kubur. Ini sudah pasti, khususiyyat Nabi saw.
Ini dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim yang secara jelas nabi saw memberitahu bahawa baginda mahu memberi syafaat kepada orang dalam kubur terbabit.
إِنِّي مَرَرْتُ بِقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ، فَأَحْبَبْتُ، بِشَفَاعَتِي، أَنْ يُرَفَّهَ عَنْهُمَا، مَا دَامَ الْغُصْنَانِ رَطْبَيْنِ
“Aku melintasi di dua kubur yang kedua-duanya diazab. Aku amat berharap syafaat aku dapat mengurangkan terhadap kedua-duanya selama dahan kayu ini masih basah” (muslim, hadis no: 3012)
Dari hujah-hujah ini, al-Khattabi simpulkan bahawa maksud dikurangkan azab selama pelepah tamar itu belum kering itu adalah tabarruk dan doa Nabi saw, bukan kerana pelepah tamar yang basah itu berzikir.
Ulasan
Catat Ulasan