Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Dara atau janda?

PILIH JANDA ATAU ANAKDARA? Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya? Jawapan: Saudari yang dimuliakan! 1.  Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.  2. Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa h...

Perlukah berwudu' untuk Solat jenazah?

Imej
PERLUKAH BERWUDU' UNTUK SOLAT JENAZAH? "لا تقبل الصلاه بغير طهور ولا صدقة من غلول" [Tidak diterima solat tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah dari harta yg haram] •Tidak diterima solat ertinya tidak sah.Ini kerana diterima solat itu bergantung kepada sahnya ibadah tersebut.Inilah yang diperkatakan oleh segolongan ulama' Mutaqaddimin.Jika tidak diterima,maknanya tidak sah.Kesucian merupakan syarat sahnya sesuatu ibadah(yang memerlukan kepada bersuci),seperti solat.Namun,berlaku keadaan dimana ibadah/solat itu sah tapi tidak diterima seperti yang dinyatakan dalam hadith berkenaan Allah tidak menerima solat orang yang minum arak,begitu juga solat orang yang mendatangi peramal nasib/dukun.Solat mereka sah(jika mereka bersolat) namun tidak diterima. •Melalui hadith ini,para ulama memanjangkan perbahasan kepada keadaan solat jenazah tanpa wuduk/bersuci.Dalil mereka adalah hadith di atas. "و الحديث دليل على وجوب الطهارة لصلاة الجنازة ايضا لانها صلاة...

Pengenalan Hadith (Bahagian 2)

Imej
  Hadith Maudhu' & Sejarahnya.  Aku mulakan penulisan dengan satu Hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, Telah bersabda Rasulullah SAW ,   مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ "Barangsiapa yang sengaja berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka." (Hr Bukhari) Ada pendapat yang mengatakan bahawa siapa yang menyebarkan hadith maudhu' sedang ia tidak pasti status hadith tersebut (Tidak menyemak) maka ia termasuk dalam golongan yang di ancam dalam hadith di atas. Takhrif Hadith maudhu' • menurut ulama hadith, Hadith maudhu merupakan hadith palsu, hadith yang direka atau hadith yang dibuat dengan dusta dan disandarkan kepada Rasulullah SAW.  • Dari sudut istilah Maudhu merupakan sesuatu yang direka-reka, diada-adakan dan sesuatu yang baru yang tidak ada sebelumnya. • Hadith maudhu' merupakan hadith dhaif yang paling buruk. Jenis Hadith Maudhu. Hadith maudhu terbahagi kepada dua(2), (a)  Mer...