Perlukah berwudu' untuk Solat jenazah?
PERLUKAH BERWUDU' UNTUK SOLAT JENAZAH?
"لا تقبل الصلاه بغير طهور ولا صدقة من غلول"
[Tidak diterima solat tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah dari harta yg haram]
•Tidak diterima solat ertinya tidak sah.Ini kerana diterima solat itu bergantung kepada sahnya ibadah tersebut.Inilah yang diperkatakan oleh segolongan ulama' Mutaqaddimin.Jika tidak diterima,maknanya tidak sah.Kesucian merupakan syarat sahnya sesuatu ibadah(yang memerlukan kepada bersuci),seperti solat.Namun,berlaku keadaan dimana ibadah/solat itu sah tapi tidak diterima seperti yang dinyatakan dalam hadith berkenaan Allah tidak menerima solat orang yang minum arak,begitu juga solat orang yang mendatangi peramal nasib/dukun.Solat mereka sah(jika mereka bersolat) namun tidak diterima.
•Melalui hadith ini,para ulama memanjangkan perbahasan kepada keadaan solat jenazah tanpa wuduk/bersuci.Dalil mereka adalah hadith di atas.
"و الحديث دليل على وجوب الطهارة لصلاة الجنازة ايضا لانها صلاة"
[Dan dalil wajibnya bersuci untuk solat jenazah diambil dari hadith ini juga]
•Bahkan banyak hadith lain yang mengisyaratkan bahawa solat jenazah merupakan sejenis solat.Nabi Saw bersabda :
"من صلى على الجنازة"
[Siapa yang solat ke atas jenazah..."]
"صلوا على صاحبكم"
[Solatlah ke atas sahabat kamu ini]
"صلوا على النجاشي"
[Solatlah ke ke atas Najashi]
•Apabila Nabi saw memerintahkan para sahabat solat jenazah,maka Nabi saw turut menggunakan lafaz "solat".Maka tiada beza antara solat jenazah dengan solat-solat yang lain dari segi jenisnya.
•Imam Al-Syafie mengatakan perlu berwuduk untuk solat jenazah kerana solat jenazah merupakan sejenis solat dan Al-Bukhari sependapat dengan beliau.
•Namun di sana terdapat ulama yang mengatakan bahawa solat jenazah sah dilakukan tanpa wuduk.Pendapat ini dipelopori oleh As-Sya'bi dan Ibrahim bin Aliah menyetujuinya dan telah dinukilkan juga bahawa Ibnu Jarir At-Thobari bersetuju dengan pendapat mereka berdua.Al-Bukhari mengkritik pendapat ini dan mengatakan ia adalah pendapat yang Syaz/janggal/aneh.
•قال الامام البخاري : "سماها صلاة وليس فيها ركوع ولا سجود ولا يتكلم فيها وفيها تكبير وتسليم وكان ابن عمر لا يصلي عليها الا طاهرا...انتهى.
•قال الحافظ ونقل ابن عبد البر الاتفاق على اشتراط الطهارة لها يعني لصلاة الجنازة الا عن الشعبي،قال ووافقه ابراهيم بن عليه، ونقل غيره ان ابن جرير الطبري وافقهما على ذلك وهو مذهب شاذ.
[Imam Bukhari berkata: Dinamakan ia(solat jenazah) sebagai solat juga walaupun di dalamnya tiada rukuk dan sujud,tidak boleh berckap-cakap ketika ia dilaksanakan dan ia mempunyai takbir dan salam.Ibnu Umar ra tidak solat jenazah melainkan bersuci/berwuduk terlebih dahulu...(tamat).
[Imam Bukhari juga berkata Ibnu Abdil Bar menukilkan ittifaq(sepakat) ulama mensyaratkan perlu berwuduk untuk solat jenazah melainkan pendapat yang diutarakan oleh Al-Sya'bi dan Ibrahim bin Aliyah bersetuju dengan pendapat ini.Telah dinukilkan juga dari ulama selainnya(Ibnu Abdil Bar) bahawa Ibnu Jarir At-Thabari bersetuju dengan mereka berdua(Al-Sya'bi dan Ibrahim),sedangkan ia adalah pendapat yang Syaz/janggal/pelik].
Catatan:
1)Bukan semua khilaf ulama adalah mu'tabar(diterima).
Ada pendapat yang boleh diterima pakai,ada yang perlu ditolak.Jika kita sekadar berkata "ada khilaf...ada khilaf"...masih tidak cukup untuk membenarkan kita beramal dengannya dan jangan pelik bahawa ada ulama yang mengatakan rambut bukan aurat.Sedangkan pendapat ini ditolak sama sekali.
2)As-Sya'bi,Ibrahim bin Aliyah,Ibn Jarir At-Thabari bukanlah nama yang asing bagi para pengkaji ilmu.Mereka adalah tokoh,namun mereka juga manusia biasa.Adakalanya betul,ada kalanya tersilap.
3)Bukanlah satu kebiadaban jika kita tidak menerima pakai pendapat sesetengah ulama/ustaz.Bahkan kita menolak pendapat mereka dalam keadaan kita menghormati mereka.
4)Jika ada ulama/ustaz yang silap dalam mengemukakan pendapat pasti akan ada ulama/ustaz lain yang bangkit untuk menegur kesilapan tersebut.Inilah tradisi ilmu,biarkan tradisi tegur menegur ini berkembang dalam keadaan harmoni.
-Naz,Si Pencinta ilmu-
Ulasan
Catat Ulasan