Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

akomodasi

Bincangkan konsep-konsep berikut: a)Amalgamasi Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur te...

Isra' Mi'raj

BENARKAH PERISTIWA ISRA' MI'RAJ TERJADI PADA TANGGAL 27 RAJAB ??. Sebagian besar kaum muslimin, terkhusus di negeri ini meyakini bahwa peristiwa Isra’ Mi’raj jatuh pada malam 27 Rajab. Biasanya mereka isi malam itu dengan qiyamullail kemudian puasa pada siang harinya. Berbagai perayaan pun diadakan untuk memperingati peristiwa yang menjadi salah satu mu’jizat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut. Benarkah Isra’ dan Mi’raj ini terjadi pada malam 27 Rajab? Para ulama sejak dahulu sudah membahas dan menerangkan permasalahan ini dalam kitab-kitab mereka. kesimpulan dari keterangan mereka adalah bahawa tidak ada satupun dalil yang shahih dan sharih (jelas) yang menunjukkan waktu yang tepat terjadinya Isra’ dan Mi’raj. Para sejarawan sendiri berbeza pendapat dalam menentukan bilakah waktu terjadinya peristiwa itu. Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-’Asqalani rahimahullah menyatakan ada lebih dari sepuluh pendapat yang berbeza dalam menentukan bila waktu terjadinya Isra’ dan Mi’raj.Ada yan...

Adakah sah solat jika Kedudukan makmum lelaki yang berseorangan dengan imam kebelakang sedikit?

Menurut mazhab syafie dan ramai ulama' dari mazhab yang lain: makmum lelaki yang berseorangan apabila dia solat bersama dengan imam maka dia berdiri di kanan imam dan disunatkan untuk kebelakang sedikit agar dia tidak berdiri betul-betul sebaris dengan imam. Mereka berhujahkan dengan dalil hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad di dalam Al-musnad: ما شأني أجعلُكَ حذائي فتخنَسُ ؟ ، فقلتُ : يا رسولَ اللَّهِ ، أوَ يَنبغي لأحدٍ أن يصلِّيَ حذاءَكَ ، وأنتَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهِ عليهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ, قالَ : فأعجبتُهُ ، فدعا اللَّهَ أن يزيدَني عِلمًا وفَهْمًا Setelah nabi ﷺ meletakkan Ibn Abbas r.a di kanan baginda ketika solat, Ibn Abbas pun kebelakang sedikit. Lalu setelah solat nabi ﷺ pun bertanya: "Ada apa-apa sebab ke kamu kebelakang sedikit setelah aku meletakkan kamu di tepiku?" Maka berkata Ibn Abbas r.a: "Wahai rasulullah, adakah patut bagi orang lain untuk solat sebaris dengan kamu sedangkan kamu itu rasulullah" Maka rasulullah ﷺ pun kagum dengan j...

Aurat Wanita berusia yang telah putus Haid..

Imej
AURAT WANITA TELAH PUTUS HAID. Wanita Berusia Yang Telah Putus Haid Boleh Buka Tudung?? 1.    Firman Allah SWT: وَٱلۡقَوَٲعِدُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ ٱلَّـٰتِى لَا يَرۡجُونَ نِكَاحً۬ا فَلَيۡسَ عَلَيۡهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعۡنَ ثِيَابَهُنَّ غَيۡرَ مُتَبَرِّجَـٰتِۭ بِزِينَةٍ۬‌ۖ وَأَن يَسۡتَعۡفِفۡنَ خَيۡرٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka” [al-Nur: 60]. 2.    Ramai yang salah faham dengan maksud “ثياب” yang disebut di dalam ayat dengan menyangka ia bermaksud tudung atau pakaian yang mendedahkan aurat. 3.    Para sahabat dan tabiin BERSEPAKAT bahawa “ثياب” yang dimaksudkan di dalam ayat ialah pakaian luar (pakaian atas pakaian) at...