Adakah sah solat jika Kedudukan makmum lelaki yang berseorangan dengan imam kebelakang sedikit?

Menurut mazhab syafie dan ramai ulama' dari mazhab yang lain:

makmum lelaki yang berseorangan apabila dia solat bersama dengan imam maka dia berdiri di kanan imam dan disunatkan untuk kebelakang sedikit agar dia tidak berdiri betul-betul sebaris dengan imam.

Mereka berhujahkan dengan dalil hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad di dalam Al-musnad:

ما شأني أجعلُكَ حذائي فتخنَسُ ؟ ، فقلتُ : يا رسولَ اللَّهِ ، أوَ يَنبغي لأحدٍ أن يصلِّيَ حذاءَكَ ، وأنتَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهِ عليهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ, قالَ : فأعجبتُهُ ، فدعا اللَّهَ أن يزيدَني عِلمًا وفَهْمًا

Setelah nabi ﷺ meletakkan Ibn Abbas r.a di kanan baginda ketika solat, Ibn Abbas pun kebelakang sedikit. Lalu setelah solat nabi ﷺ pun bertanya:

"Ada apa-apa sebab ke kamu kebelakang sedikit setelah aku meletakkan kamu di tepiku?"

Maka berkata Ibn Abbas r.a:

"Wahai rasulullah, adakah patut bagi orang lain untuk solat sebaris dengan kamu sedangkan kamu itu rasulullah"

Maka rasulullah ﷺ pun kagum dengan jawapanku itu lalu mendoakan agar aku mendapat pertambahan ilmu dan kefahaman.

Hadith ini dinilai sahih sanadnya oleh beberapa ulama' antaranya Syeikh Syu'aib Al-arna'ut - rahimahullah -.

Begitu juga mereka berhujah dengan dua ta'lil umum iaitu:

1)Ia dilakukan sebagai tanda adab dengan imam. 

2)Ia dilakukan agar menzahirkan kedudukan imam dan membezakan diantaranya dan makmum. 

Jadi inilah diantara dalil mereka, memang tidak dinafikan isu ini merupakan isu khilaf dikalangan ulama'. Cuma saja saya bawakan dalil mereka ini untuk beritahu bahawa apa yang selama ini orang duk amalkan itu pun ada dalilnya juga. Bahkan ia ialah muktamad mazhab Al-syafie.

Soal dalilnya kuat atau tidak, nak tarjih diantara riwayat-riwayat hadith ke, hadith diatas menjadi mukhassis atau tidak itu semua soal ijtihad dan berkait rapat dengan ilmu usul fiqh.

Yang penting kita jangan mudah kata satu-satu  pendapat dalam mazhab itu apatalah lagi jika ia pandangan muktamad sebagai tidak berdalil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)