Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)

Imej
📄 FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT) Jabatan Mufti Perlis: https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/387-fatwa-ajaran-batiniah 📄 FATWA DAN PENJELASAN BERKENAAN CERAMAH DAN PENGAJARAN EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH SABIL Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/263b48f6d24bc73d642dc7fca2e0bac9? Jabatan Mufti Pulau Pinang: http://mufti.penang.gov.my/index.php/en/pengumuman/453-penjelasan-mengenaio-isu-pengajaran-ustaz-wan-hizam-bin-abdullah-sabil 📄 FATWA AJARAN ILMU MAKRIFAT (MENGENAL ALLAH/DIRI) TOK KENALI KELANTAN OLEH YUSOF CHE WOOK YANG DISEBARKANOLEH HAJI SHAARI MOHD. YUSOF Jabatan Mufti Selangor: https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2017-terkini/795-fatwa-ajaran-dan-fahaman-ilmu-makrifat-mengenal-allah-dan-ajaran-dan-fahaman-mengenal-diri-iaitu-ilmu-atau-ajaran-peninggalan-tok-kenali-kelantan-oleh-mohd-yusof-che-wook Jabatan Mufti Sabah: ht...

Amalan memasuki rumah baharu.

Imej
١. Membaca Surah al-Baqarah Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah” Hadis Riwayat Muslim ﴾780﴿ ٢.Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ Maksudnya: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin ...

Dr Rozaimi menjawab Ustaz Mohib

Tersebar pula video hamba Allah ini. Saya ingat setelah berdialog dengan saya dulu dia sudah berubah nampaknya makin teruk pula pemikiran dia.  Oleh kerana beliau menyebutkan hadis di dalam ucapannya maka saya ingin memberikan sedikit komentar. Banyak dakwaan beliau dalam video 2 minit ini. (Video penuh boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/113203386750205/videos/1115913452268653/ )  Saya ringkaskan seperti berikut:  1. Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat sebelum wafat. Ustaz ini menyebutkan hadis dengan lafaz:  لا تلدوني  Dakwa beliau ulama zaman ini tidak menyebutkan hadis ini di zaman ini.  2. Beliau mendakwa bahawa orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat.  3. Beliau kurang percaya dengan sistem kesihatan negara kita yang dilihat tidak begitu amanah.  4. Letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah satu syirik.  Berikut jawapan saya: 1. Dakwaan kononnya Nabi sallallah tidak mahu berubat sebelum wafat....

HADIS-HADIS PUASA ASYURA

Imej
HADIS-HADIS PUASA ASYURA Hadis yang berkaitan dengan puasa Asyura diriwayatkan oleh lebih 10 orang sahabat.  Antaranya adalah Abdullah bin Abbas, Abu Musa al-Asy’ari, Salamah bin al-Akwa’, Abdullah bin Mas’ud, Aisyah, al-Rubai’ bin Muawwiz, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufyan, Jabir bin Samurah, Abdullah bin Badar al-Juhani dan sebagainya. Jalan cerita hadis berkenaan kewujudan amalan puasa 10 muharram pelbagai. IBN ABBAS Hadis daripada Sa’id bin Jubair, daripada Ibn Abbas berkata: Nabi saw sampai ke Madinah, Nabi lihat orang yahudi berpuasa 10 muharram. Nabi tanya: Apa ini?  jawab orang yahudi: Hari adalah hari yang baik. Hari ini, Allah selamatkan Bani Israel dari musuh mereka, makanya Nabi Musa berpuasa pada hari ini kerana berterima kasih kepada Allah. Kami turut berpuasa kerana memuliakannya.  Nabi pun kata: aku lebih berhak berbanding musa berbanding kamu. Makanya, Nabi saw berpuasa dan suruh sahabat turut berpuasa. قدم النبي صلى الله عليه وسلم ال...

𝗠𝗲𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗜𝗯𝗻 𝗧𝗮𝘆𝗺𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗸𝗶𝗺𝗶𝗮

Imej
𝗠𝗲𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗜𝗯𝗻 𝗧𝗮𝘆𝗺𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗸𝗶𝗺𝗶𝗮  Saya akan bahagikan artikel ini kepada empat bahagian. 1. 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒂𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒊𝒍𝒂𝒉 الكيمياء 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑰𝒃𝒏 𝑻𝒂𝒚𝒎𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉.   Sebenarnya kalau kita benar-benar membaca ulasan Ibn Taymiyyah berkenaan dengan perkataan الكيمياء (Alchemy) , sangat jelas bahawa Ibn Taymiyyah sedang menghentam fahaman alchemy pada zaman itu, dan bukannya cabang ilmu sains yang dikenali sebagai ilmu kimia pada zaman ini.  Kecelaruan Bintang Kartika di sini berlaku kerana dia telah samakan perkataan الكيمياء dengan istilah "Ilmu Kimia" yang digunakan dalam Bahasa Arab Moden pada zaman ini. Walhal pada zaman dahulu, perkataan الكيمياء tidak merujuk kepada ilmu kimia, tetapi ilmu alchemy. Ini adalah disebabkan kerana kejahilan Bintang Kartika dalam Bahasa Arab Klasik. Saya berikan satu contoh.  Dalam Bahasa Arab Klasi...