HADIS-HADIS PUASA ASYURA

HADIS-HADIS PUASA ASYURA


Hadis yang berkaitan dengan puasa Asyura diriwayatkan oleh lebih 10 orang sahabat.

 Antaranya adalah Abdullah bin Abbas, Abu Musa al-Asy’ari, Salamah bin al-Akwa’, Abdullah bin Mas’ud, Aisyah, al-Rubai’ bin Muawwiz, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufyan, Jabir bin Samurah, Abdullah bin Badar al-Juhani dan sebagainya.

Jalan cerita hadis berkenaan kewujudan amalan puasa 10 muharram pelbagai.

IBN ABBAS

Hadis daripada Sa’id bin Jubair, daripada Ibn Abbas berkata:

Nabi saw sampai ke Madinah, Nabi lihat orang yahudi berpuasa 10 muharram. Nabi tanya: Apa ini? 

jawab orang yahudi: Hari adalah hari yang baik. Hari ini, Allah selamatkan Bani Israel dari musuh mereka, makanya Nabi Musa berpuasa pada hari ini kerana berterima kasih kepada Allah. Kami turut berpuasa kerana memuliakannya. 

Nabi pun kata: aku lebih berhak berbanding musa berbanding kamu.

Makanya, Nabi saw berpuasa dan suruh sahabat turut berpuasa.
قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء، فقال «ما هذا؟»، فقالوا: هذا يومٌ صالح، هذا يومُ نجى الله بني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى شكرا لله، ونحن نصومه تعظيما له. فقال: «فأنا أحق بموسى منكم». فصامه وأمر بصيامه

Hadis ini ada dalam saheh al-Bukhari, Muslim, Abdul Razzaq, Ibn Abi Syaibah, Ahmad, al-Darimi, Nasaie dalam kubra, Abu Nuaim dalam mustakhraj ‘Ala Sahih Muslim.

ABU MUSA AL-ASYARI

Daripada Abu Musa al-Asy’ari berkata:

Nabi saw masuk ke Madinah, nabi dapati orang-orang yahudi memuliakan 10 muharam dan mereka berpuasa pada hari itu. Nabi pun berkata: “kami lebih berhak untuk berpuasa”. Lalu, Nabi saw menyuruh umat islam berpuasa.

دخل النبي صلى الله عليه وسلم المدينة وإذا أناس من اليهود يعظمون عاشوراء ويصومونه، فقال: «نحن أحق بصومه». فأمر بصومه.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.

SALAMAH BIN AL-AKWA’

Daripada Salamah bin Al-Akwa’ berkata:

Nabi saw menyuruh seseorang lelaki yang bani Aslam untuk menyerukan manusia yang apabila ada seseorang yang sudah makan maka hendaklah ia mengganti puasanya pada hari yang lain dan siapa yang belum makan hendaklah dia meneruskan puasanya karena hari ini adalah hari 'Asyura'
أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مِنْ أَسْلَمَ: " أَنْ أَذِّنْ فِي النَّاسِ: أَنَّ مَنْ كَانَ أَكَلَ فَلْيَصُمْ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ، وَمَنْ لَمْ يَكُنْ أَكَلَ فَلْيَصُمْ، فَإِنَّ اليَوْمَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.

ABDULLAH BIN MAS’UD

‘Alqamah bin Qais al-Nakhaie berkata:

Al-Asy’as bin Qais berjumpa dengan Ibn Mas’ud yang ketika itu dia sedang makan. Al-Asy’as berkata: Hari ini adalah hari Asyu’ra.

Ibn Mas’ud pun kata: Puasa 10 muharam ini ditunaikan sebelum diturunkan kewajipan puasa ramadan. Apabila turun kewajipan puasa ramadan, maka ia tidak dilakukan lagi.

دخل الأشعث بن قيس على ابن مسعود وهو يَطعَم فقال الأشعث: اليوم عاشوراء!. فقال: كان يُصام قبل أن ينزل رمضان، فلما نزل رمضان ترِك

دخل الأشعث بن قيس على عبد الله بن مسعود وهو يتغدى، فقال ابن مسعود: يا أبا محمد ادنُ إلى الغداء. فقال: أوَليس اليومُ يومَ عاشوراء؟!. فقال: هل تدري ما يوم عاشوراء؟!، إنما هو يوم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه قبل أن ينزل شهر رمضان، فلما نزل شهر رمضان تركه.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ibn Abi Syaibah dan Ahmad.

AISYAH

Kata Aisyah:

Rasulullah menyuruh puasa 10 muharam. Apabila diwajibkan ramadan, maka terpulang kepadanya untuk berpuasa atau tidak mahu berpuasa.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمر بصيام يوم عاشوراء، فلما فُرِض رمضان كان من شاء صام ومن شاء أفطر.

Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, ‘Ali bin Ja’ad, Ibn Rahawaih, Ahmad, Nasaie (kubra), Tabari, Abu ‘Awanah, Tahawi, Tibrani.

AL-RUBAI’ BINTI AL-MUAWWIZ

Al-Rubai’ bin al-muawwiz berkata:

Nabi saw kirim utusan ke kampung Kaum Ansar pada siang hari 'Asyura (untuk menyampaikan): "Bahwa siapa yang tidak berpuasa sejak pagi hari maka dia harus menggantinya pada hari yang lain, dan siapa yang sudah berpuasa sejak pagi hari maka hendaklah dia melanjutkan puasanya".

أَرْسَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَدَاةَ عَاشُورَاءَ إِلَى قُرَى الأَنْصَارِ: «مَنْ أَصْبَحَ مُفْطِرًا، فَلْيُتِمَّ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ وَمَنْ أَصْبَحَ صَائِمًا، فَليَصُمْ»

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ibn Rahawaih dan Ahmad.

ABDULLAH BIN UMAR

Daripada Ibn Umar berkata:

Nabi saw berpuasa 10 muharram dan suruh umat islam berpuasa. Apabila diwajibkan puasa ramadan, maka baginda tinggalkan (puasa 10 muharam)

صام النبي صلى الله عليه وسلم عاشوراء وأمر بصيامه، فلما فـُرض رمضان ترك

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabari.

Daripada Salim bin Abdullah bin Umar, daripada bapanya berkata bahawa nabi bersabda:

Hari ini adalah hari asyura. Sesiapa yang mahu berpuasa, puasalah. Sesiapa yang mahu tidak berpuasa, maka tidak berpuasalah
اليوم عاشوراء، فمن شاء فليصمه، ومن شاء فليفطر

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan Abu Nuaim.

MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN

Humaid bin Abdul Rahman bin Auf bercerita:

Muawiyyah berkhutbah atas mimbar pada hari ‘Asyura, dia berkata: Aku dengar Nabi saw bersabda berkenaan hari ini:

Hari ini adalah hari asyura yang kamu tidak diwajibkan berpuasa pada hari ini. Namun, aku berpuasa. Barangsiapa yang mahu, boleh sahaja dia berpuasa. Jika mahu tidak berpuasa, juga boleh.

هذا يوم عاشوراء، ولم يُكتب عليكم صيامه، وأنا صائم، فمن شاء فليصم ومن شاء فليفطر».

Hadis ini diriwayatkan oleh Malik, al-Bukhari dan Muslim.

JABIR BIN SAMURAH

Jabir bin Samurah berkata bahawa rasulullah menyuruh kita berpuasa hari asyura, bahkan Nabi saw menggalakannya. Namun, apabila diwajibkan Ramadan, nabi saw tidak menyuruh lagi puasa asyura tanpa Nabi melarang dari berpuasanya

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرنا بصيام يوم عاشوراء ويحثنا عليه ويتعاهدنا عنده، فلما فـُرض رمضان لم يأمرنا ولم ينْهَنا ولم يتعاهدنا عنده

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim.

ABDULLAH BIN BADAR AL-JUHANI

Abdullah bin badar kata bahawa Nabi saw ada memberitahu kepada mereka berkenaan hari 10 muharam: Hari ini adalah hari asyura, maka hendaklah kamu berpuasa.

Seseorang lelaki dari Bani Amru bin Auf berkata: Wahai Rasulullah, aku telah tinggalkan kaum aku yang ada dari kalangan mereka berpuasa, dan ada yang tidak berpuasa. 

Nabi berkata: Pergilah kepada mereka. barangsiapa dari kalangan mereka yang sudah berbuka puasa, maka hendaklah dia sempurnakan puasanya.

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لهم يوما: «هذا يوم عاشوراء فصوموا». فقال رجل من بني عمرو بن عوف: يا رسول الله، إني تركت قومي منهم صائم ومنهم مفطر. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «اذهب إليهم، فمن كان منهم مفطرا فليتمَّ صومَه».

Hadis diriwayatkan Ahmad, Ibn Abi ‘Asim dan al-Tibrani

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)