๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐—ฏ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐˜†๐—บ๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ฎ

๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐—ฏ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐˜†๐—บ๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ฎ 


Saya akan bahagikan artikel ini kepada empat bahagian.

1. ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’‚๐’ ๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐‘ฐ๐’ƒ๐’ ๐‘ป๐’‚๐’š๐’Ž๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰.  

Sebenarnya kalau kita benar-benar membaca ulasan Ibn Taymiyyah berkenaan dengan perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก (Alchemy) , sangat jelas bahawa Ibn Taymiyyah sedang menghentam fahaman alchemy pada zaman itu, dan bukannya cabang ilmu sains yang dikenali sebagai ilmu kimia pada zaman ini. 

Kecelaruan Bintang Kartika di sini berlaku kerana dia telah samakan perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก dengan istilah "Ilmu Kimia" yang digunakan dalam Bahasa Arab Moden pada zaman ini.

Walhal pada zaman dahulu, perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก tidak merujuk kepada ilmu kimia, tetapi ilmu alchemy.

Ini adalah disebabkan kerana kejahilan Bintang Kartika dalam Bahasa Arab Klasik.

Saya berikan satu contoh. 

Dalam Bahasa Arab Klasik, perkataan ุฐูŽุฑู‘ูŽุฉู merujuk kepada sekecil-kecil semut, contohnya dalam Sunan Abu Daud, Abu Daud Sulaiman ibn Ash'ath meletakkan bab:

ุจุงุจ ูููŠ ู‚ูŽุชู’ู„ู ุงู„ุฐู‘ูŽุฑู‘ู

"Bab tentang membunuh semut"

*{Dharrah (ุฐูŽุฑู‘ูŽุฉู), kata tunggal (singular)} 
*{Dharr (ุฐู‘ูŽุฑู‘ู), kata jamak (plural)} 

Namun pada istilah Bahasa Arab moden ini, ุงู„ุฐู‘ูŽุฑู‘ู  merujuk kepada atom. Ini adalah salah satu contoh perubahan penggunaan istilah di antara Bahasa Arab Klasik dan Bahasa Arab Moden.

Begitu juga dengan perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก. Pada zaman dahulu, perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก digunakan untuk merujuk kepada ilmu alchemy. Perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก hanya digunakan merujuk kepada ilmu kimia atau "chemistry" dalam penggunaan istilah Bahasa Arab Moden pada zaman moden ini. 

Jadi adalah suatu kejahilan yang amat besar jika seseorang yang jahil Bahasa Arab menggunakan istilah ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก dalam kenyataan Ibn Taymiyyah untuk menuduh bahawa Ibn Taymiyyah melarang mempelajari ilmu kimia atau "chemistry" yang kita kenali sekarang.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan Ibn Taymiyyah dengan perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก (Alchemy)? 

Ibn Taymiyyah sendiri memberi penjelasan berkenaan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก di dalam tulisannya. Berikut adalah penjelasan beliau tentang perkataan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก (Alchemy /Al-Kimia) [1]: 

ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ูƒููŠู…ู’ูŠูŽุงุกู: ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูุดูŽุจู‘ูู‡ู ูููŠู‡ูŽุง ุงู„ู’ู…ูŽุตู’ู†ููˆุนูŽ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุฎู’ู„ููˆู‚ู ูˆูŽู‚ูŽุตูŽุฏูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ุฅู…ู‘ูŽุง ุฅู†ู’ ุชูุฌู’ุนูŽู„ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ูƒูŽู‡ูŽุฐูŽุง ููŽูŠูู†ู’ููู‚ููˆู†ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูุนูŽุงู…ูู„ููˆู†ูŽ ุจูู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู ุงู„ู’ุบูุดู‘ู
Terjemahan:

"Adapun "ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก" (Alchemy): Sesungguhnya, pada perbuatan Alchemy ini, ia menyerupakan sesuatu yang diperbuat dengan sesuatu yang diciptakan, para alchemist berniat menjadikan suatu objek ini seperti suatu objek lain (yakni mengubah unsur sesuatu objek) sama ada untuk membelanjakannya ataupun menggunakan objek tersebut untuk jual beli sesama manusia. Ini antara penipuan yang terbesar." 

[Tamat petikan] 

Nah, dari kenyataan Ibn Taymiyyah ini, kita boleh fahami bahawa ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก yang dimaksudkan oleh Ibn Taymiyyah adalah ilmu alchemy, yakni ilmu mengubah dari satu unsur kepada unsur yang lain (pakar alchemist biasanya cuba mengubah plumbum kepada emas) untuk digunakan dalam jual beli. 

Inilah penjelasan ุงู„ูƒูŠู…ูŠุงุก oleh Ibn Taymiyyah sendiri. Ibn Taymiyyah tidak merujuk kepada ilmu kimia yang kita fahami hari ini. 

2. ๐‘ฐ๐’ƒ๐’ ๐‘ป๐’‚๐’š๐’Ž๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“๐’๐’š๐’‚ ๐’”๐’†๐’…๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’†๐’๐’•๐’‚๐’Ž ๐’‡๐’‚๐’‰๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’„๐’‰๐’†๐’Ž๐’š.

Ya, Ibn Taymiyyah sebenarnya sedang menghentam fahaman Alchemy. Ini kerana fahaman Alchemy adalah fahaman sihir yang cuba mengubah unsur plumbum kepada unsur emas, dan juga cuba untuk mencipta ubat kekal abadi agar orang yang memakan ubat itu tidak akan mati buat selama-lamanya.

Berikut adalah kritikan Ibn Taymiyyah terhadap ilmu alchemy dan pakar alchemist[2]:

ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ูƒููŠู…ู’ูŠูŽุงุกู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุบูุดู‘ู‹ุงุ› ูˆูŽู„ูู‡ูŽุฐูŽุง ู„ูŽุง ูŠูุธู’ู‡ูุฑููˆู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุฅุฐูŽุง ุนูŽุงู…ูŽู„ููˆู‡ูู…ู’ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ูƒููŠู…ู’ูŠูŽุงุกูุŒ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุฃูŽุธู’ู‡ูŽุฑููˆุง ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุดู’ุชูŽุฑููˆู‡ู ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ุฅู„ู‘ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ูŠูุฑููŠุฏู ุบูุดู‘ูŽู‡ูู…ู’

Terjemahan:

"Ahli Alchemist antara manusia yang paling besar pembohongan mereka. 

Disebabkan ini, mereka tidak menunjukkan kelakuan mereka apabila mereka melakukan suatu perbuatan daripada cabang ilmu alchemy. 

Jikalau mereka tunjukkan kepada orang lain kelakuan itu, nescaya manusia tidak membeli benda-benda tersebut daripada mereka melainkan orang tersebut mahu ditipu."

[Tamat petikan] 

Ibn Taymiyyah malahan memberi contoh penipuan golongan alchemist yang pernah berlaku pada zaman dahulu[3]:

ุฐูŽูƒูŽุฑููˆุง ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูŽ ุจู’ู†ูŽ ุฒูŽูƒูŽุฑููŠู‘ูŽุง ุงู„ุฑู‘ูŽุงุฒููŠู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽุทูŽุจู‘ูุจูŽ - ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูุตูŽุญู‘ูุญููŠู†ูŽ ู„ูู„ู’ูƒููŠู…ู’ูŠูŽุงุกู - ุนูŽู…ูู„ูŽ ุฐูŽู‡ูŽุจู‹ุง ูˆูŽุจูŽุงุนูŽู‡ู ู„ูู„ู†ู‘ูŽุตูŽุงุฑูŽู‰ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูˆูŽุตูŽู„ููˆุง ุฅู„ูŽู‰ ุจูู„ูŽุงุฏูู‡ูู…ู’ ุงุณู’ุชูŽุญูŽุงู„ูŽ ููŽุฑูŽุฏู‘ููˆู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

"Mereka menceritakan bahawa Muhammad Bin Zakariya Al-Razi Al-Mutatabib - seorang yang mendakwa bahawa ilmu Alchemy ini benar - menukarkan sesuatu kepada emas, kemudian menjualnya kepada orang-orang kristian. 

Apabila emas-emas tersebut sampai ke negara orang-orang kristian, emas itu berubah ke bentuk asal, maka orang-orang kristian tersebut tolak dan pulangkan perkara tersebut kembali."

[Tamat petikan] 

Ulasan tambahan daripada Ibn Taymiyyah tentang ilmu alchemy dan golongan alchemist[4]:

ูˆูŽู‡ูŽุคูู„ูŽุงุกู ู„ูŽุง ูŠูŽุนูุฏู‘ููˆู†ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูŽ ุฃูŽู…ู’ุฑูŽูŠู’ู†ู: ุฅู…ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ุชูŽู‚ูุฏูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุตู’ู†ููˆุนูŽ ูƒูŽุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุฏูู†ููŠู‘ู - ุฌูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ูˆูŽุถูŽู„ูŽุงู„ู‹ุง - ูƒูŽู…ูŽุง ุธูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูู…ู’. ูˆูŽุฅูู…ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูู…ูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูุซู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูุจู‘ูุณูŽ ูˆูŽุฏูู„ู‘ูุณูŽ ููŽู…ูŽุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุชูŽุญูŽู„ู‘ูŽู‰ ุจูุตูู†ูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ู’ูƒููŠู…ู’ูŠูŽุงุกู.
Terjemahan:

"Mereka (ahli Alchemist) tidak akan terlepas daripada salah satu daripada dua perkara ini: Sama ada ahli alchemist ini mempercayai bahawa emas yang dibuat itu seperti emas galian - dalam keadaan jahil atau sesat - sepertimana sangkaan orang-orang lain selain mereka ataupun ahli alchemist tersebut mengetahui bahawa ia tidak serupa emas galian, tetapi dia melakukan talbis dan tadlis. Betapa ramainyalah orang yang mempercayai pembuatan Alchemist ini."

[Tamat petikan] 

Sangat jelas dari kesemua petikan-petikan ini, bahawa yang dikritik oleh Ibn Taymiyyah adalah ilmu alchemy dan golongan alchemist, kerana:

I. Mereka mendakwa bahawa mereka mampu mengubah sesuatu unsur kepada unsur yang lain (biasanya mereka mendakwa mampu mengubah unsur plumbum kepada unsur emas);

II. Mereka menipu dengan mendakwa sesuatu unsur itu adalah unsur emas. Apabila penipuan mereka terbongkar, barang-barang yang dibeli daripada mereka dipulangkan kembali;

III. Mereka ini terdiri sama ada daripada golongan sesat yang benar-benar percaya dengan ilmu alchemy, atau penipu yang menggunakan untuk menipu alchemy orang lain.

Jadi daripada ulasan-ulasan Ibn Taymiyyah ini, sangat jelas bahawa yang dikritik oleh Ibn Taimiyyah adalah ilmu alchemy yang sesat, bukan ilmu kimia yang kita faham pada zaman ini.

3. ๐‘ฐ๐’ƒ๐’ ๐‘ป๐’‚๐’š๐’Ž๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’•๐’‚ ๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“, ๐’…๐’‚๐’ ๐’‘๐’‚๐’Œ๐’‚๐’“ ๐’‚๐’๐’„๐’‰๐’†๐’Ž๐’Š๐’”๐’• ๐’๐’‚๐’‰ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’†๐’๐’‚๐’‰ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’ƒ๐’๐’‰๐’๐’๐’ˆ.

Pada zaman sains moden ini, kita tahu bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk mengubah apa-apa unsur kepada unsur yang lain hanya dengan melalui proses kimia.

Unsur hanya boleh diubah kepada unsur yang lain dengan mengurangkan atau menambah jumlah zarah proton yang ada dalam atom sesuatu unsur itu.

Contohnya, unsur emas mempunyai 79 proton di dalam atomnya; manakala unsur plumbum pula mempunyai 82 proton di dalam atomnya.

Untuk mengubah unsur plumbum kepada unsur emas, seseorang itu perlu membuang 3 zarah proton daripada atom plumbum (82 proton) agar ianya boleh bertukar menjadi atom unsur emas (79 proton). 

Begitu juga sebaliknya, jika seseorang itu ingin mengubah unsur emas menjadi unsur plumbum, dia perlu menambah 3 zarah proton kepada atom unsur emas agar atom unsur emas (79 proton) akan bertukar menjadi atom unsur plumbum (82 proton). 

Dan proses pembuangan atau penambahan zarah proton di dalam atom ini hanya boleh berlaku dalam 2 keadaan, iaitu:

a. Di dalam bintang yang hampir mati, di mana sejurus sebelum supernova, tekanan yang kuat akan mencantumkan banyak zarah proton untuk menghasilkan unsur yang lebih berat daripada atom besi (Iron ; Fe);

b. Atau di dalam mesin pemecutan zarah (particle accelerator), di mana sesuatu unsur itu boleh diubah dengan meleraikan atau mencantumkan proton dengan menembak proton sesuatu unsur itu dengan neutron atau proton.

Proses ini sangat rumit dan sangat mahal, malahan pula, atom unsur baharu yang berjaya dihasilkan sangatlah sedikit (tak sampai 1 milligram). 

Oleh kerana itu tiada orang yang sengaja mengubah atom sesuatu unsur kepada unsur atom yang lain dalam mesin pemecut zarah. Biasanya unsur baharu dihasilkan tanpa sengaja ketika para saintis sedang menjalankan ujikaji menggunakan mesin pemecut zarah.

Maka seperti yang kita lihat, hanya dalam dua keadaan yang sangat khusus dan rumit inilah, barulah unsur baharu boleh tercipta.

Kedua-dua keadaan ini sangat mustahil untuk dicapai pada zaman dahulu; maka secara logiknya, semua dakwaan perubahan unsur (transmutation of matter) oleh pakar alchemist pada zaman itu adalah bohong semata-mata.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ibn Taymiyyah; ilmu alchemy tidak lain tidak bukan hanyalah ilmu khurafat atau ilmu penipuan semata-mata.

4. ๐‘ฐ๐’ƒ๐’ ๐‘ป๐’‚๐’š๐’Ž๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’Š๐’‘๐’–๐’‚๐’ ๐’”๐’„๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’†๐’“, ๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’–๐’Ž ๐’›๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š.

Ini bukan kali pertama Ibn Taymiyyah melawan golongan scammer.

Beliau bukan sahaja melawan golongan scammer yang terdiri daripada golongan Alchemist, beliau juga melawan golongan penipu daripada Tariqat Sufi sesat yang suka mencipta dongeng dan karamah sesuka hati.

Pada zaman Ibn Taymiyyah, terdapat seorang Sheikh daripada fahaman sesat Tariqat Bataaโ€™ihiyyah mampu jalan atas bara api tanpa menggunakan alas kaki. 

Ibn Taymiyyah mencabar sheikh itu berjalan atas bara api, dengan syarat Sheikh itu basuh kaki dia dengan air suam dan cuka terlebih dahulu;

Sheikh itu tak mampu, maka dia mengaku kalah dan bertaubat dari fahaman sesat Bataaโ€™ihiyyah.

Sebab Ibn Taymiyyah suruh Sheikh itu basuh kakinya guna cuka dan air suam adalah kerana Sheikh itu meletakkan sejenis minyak sapuan agar kakinya tidak terbakar ketika berjalan di bara api; Ibn Taymiyyah tahu cuka dan air suam tersebut mampu membersihkan minyak sapuan yang disapu di kaki Sheikh tersebut[5].

Dari kisah-kisah sejarah hidup Ibn Taymiyyah ini, kita akan mendapati bahawa:

I. Ibn Taymiyyah mempunyai ilmu asas tentang ilmu kimia, sehingga beliau mampu merumuskan cara untuk mencuci sebatian di kaki Sheikh Tariqat Bataa'hiyah yang menggunakan sejenis minyak khas untuk berjalan di atas bara api dalam tempoh yang lama tanpa menggunakan sebarang alas kaki;

II. Ibn Taymiyyah aktif membongkarkan gejala pembohongan, sama ada daripada kalangan agamawan seperti golongan Tariqat Bataa'hiyah, ataupun daripada golongan penipu pseudosains daripada golongan alchemist.

Subhanallah! Ibn Taymiyyah bukan sahaja seorang yang faqih, mujahid, mujtahid, muhaddith dan pakar ilmu perbandingan agama; beliau juga turun di kalangan masyarakat untuk membongkarkan fenomena penipuan pada zamannya agar orang ramai tidak tertipu oleh agamawan dan golongan pseudosains pada zaman itu.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Ibn Taymiyyah meninggal dunia, solat jenazahnya dihadiri oleh ratusan ribu manusia[6]; sehingga solat jenazah ghaib diadakan untuk beliau sehingga sejauh negeri China pada zaman itu[7]! 

Beliau bukan sahaja berbakti kepada agama, beliau juga berbakti kepada masyarakat dengan membongkarkan semua penipuan yang ada pada zamannya. 

Adakah orang sebegini yang Bintang Kartika menuduh sebagai "Kolot" dan "Anti-sains", hanya kerana Ibn Taymiyyah melarang mempelajari ilmu alchemy yang sesat dan bohong itu? 

Semoga Allah melaknat Bintang Kartika;

Semoga Allah mufliskan Bintang Kartika;

Semoga Allah memburukkan lisan Bintang Kartika kerana telah melemparkan fitnah terhadap Wali Allah Taqiyuddin Ahmad ibn Abdul Halim Ibn Taymiyyah Al-Harrani.

Semoga Allah melimpah kemuliaan kepada Ibn Taymiyyah dan mengurniakan kepada beliau darjat yang tinggi di sisi-Nya.

Wallahualam.

=====================================

Nota kaki:

[1] Ibn Taymiyyah, Majmu' al-Fatawa, (29/370-1)

[2] Ibid, m/s 371

[3] Ibid, m/s 373

[4] Ibid, m/s 374

[5] Ibn Abdul Hadi, Al-'Uqud ad-Durriyyah, (m/s.194)

[6] Ibn Kathir, Al-Bidayah wa An-Nihayah, (14/136-139)

[7] Ibn Rajb Al-Hanbali, Dhayl Tabaqat Al-Hanabilah, (2/407)

cc: Su Han Wen Shu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)