Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Dalil 3 Qul sebelum tidur

Kita disunatkan membaca al-Quran sebelum tidur. Antara surah-surah yang sunnah dibaca ialah: - 3 Qul - Al-Kafirun - Ayat Kursi - 2 ayat akhir surah al-Baqarah ------ Dalil 3 Qul: عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ، 'Aisyah radiallahu 'anha meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila pergi ke tempat tidurnya pada malam hati, baginda akan menyatukan kedua tapak tangannya.  ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا ، فَقَرَأَ فِيهِمَا : قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ  Kemudian baginda akan menghembus pada kedua tapak tangan itu, lalu membaca padanya: Surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ ،  Kemudian baginda akan menyapu bahagian tubuhnya yang dapat disapu dengan kedua tapak tanganny...
Imej
SAHIHKAH INI KATA-KATA IMAM AL-SYAFIE? . Benar, seperti dinyatakan dalam gambar ini, ia adalah kata-kata Imam al-Syafie. Saya bawakan teks penuh Imam al-Syafie daripada kitab al-Umm dalam bab beribadah di malam 2 hari raya: . وبلغنا أنه كان يقال : إن الدعاء يستجاب في خمس ليال في ليلة الجمعة ، وليلة الأضحى ، وليلة الفطر ، وأول ليلة من رجب ، وليلة النصف من شعبان أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي قال أخبرنا إبراهيم بن محمد قال رأيت مشيخة من خيار أهل المدينة يظهرون على مسجد النبي صلى الله عليه وسلم ليلة العيد فيدعون ويذكرون الله حتى تمضي ساعة من الليل ، وبلغنا أن ابن عمر كان يحيي ليلة جمع ، وليلة جمع هي ليلة العيد لأن صبيحتها النحر ( قال الشافعي ) : وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضا . Telah sampai kepada kami bahawa DIKATAKAN: Sesungguhnya doa mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama Rejab, malam Nisfu Sya'ban. Al-Rabi' mengkhabarkan kepada kami, Imam al-Syafie mengkhabarkan kepada kami, Ibrahim ...

Menafkahi keluarga adalah satu sedekah

Imej
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ "إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ" Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya, tidaklah kalian memberikan mengeluarkan belanja yang dilakukan kerana mengharap wajah Allah, kecuali kalian akan diberikan ganjaran hingga pada makanan yang kalian suapkan pada isteri kalian. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 56] عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ ‏"‏ ‏.‏ Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ...

Puasa Rejab

Imej
Ulang kaji. Sultan Ulama Izzudin bin Abdul Salam (m. 660 H) dan al-Hafiz Ibn al-Salah (m. 643 H) sepakat berfatwa bahawa berpuasa pada bulan Rajab adalah ibadah yang digalakkan. Melarang puasa Rajab adalah tindakan yang tidak tepat. Kedua-duanya adalah antara ulama fiqh dan hadith terbesar di zamannya. Ibn al-Salah dalam Fatawa berkata: "Memang tiada hadith khas yang menetapkan kelebihan puasa Rajab. Akan tetapi, perkara ini tidak boleh menjadi alasan untuk meninggalkan puasa tersebut kerana masih banyak hadith yang menggalakkan puasa secara mutlak. Hadith Abu Dawud dan lain-lain yang menggalakan puasa pada bulan2 haram cukup untuk menggalakkan perkara ini." Ibn 'Abd Salam berkata: "Kalangan ahli hadith yang menghalang berpuasa pada bulan Rajab adalah jahil. Tidak halal mentaqlid pandangannya." Perkara yang sama turut ditegaskan Ibn Hajar al-Haytami (m. 974 H) dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah (3:53). Beliau menghukum jahil seorang ulama di za...

Hadith kelebihan rejab

Imej
𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕! . 1- Hentikan menyebar sms, emel, whatsapp berkaitan catatan amal akan ditukar pada 1 Rejab dan sebagainya. Ia termasuk pendustaan ke atas nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Ia merupakan dosa besar. . 2- Tidak wujud sebarang puasa khas atau solat khas sempena bulan Rejab.  . . 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁: 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐃'𝐀𝐇? . حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ  . Uthman bin Hakim al-Ansori radiallahu ‘anhu berkata: Aku telah bertanya kepada Sa’id bin Jubair tentang puasa dalam bulan Rejab. Ketika itu kami berada dalam bulan Rejab. Sa’id bin Jubair pun menjawab: Aku mendengar Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berka...

Kenapa aku tak secantik dia

Imej
🕋 Kenapa aku tak secantik dia? Pasti pernah ada yang mengeluh  Kenapa aku tak secantik si Farah?? Muka aku berminyak, berjerawat tak sejelita seperti Fatin?  Kenapa Dayang menawan sedangkan aku ni.. Ada juga yang mengeluh, kenapa fizikal aku begini dan begitu. Aku teringat dengan pesan Sheikh Tariq Assihli (2018). Sheikh atau Pensyarah Al Quran tidak asing lagi untuk pelajar-pelajar Uni Islam Madinah. Sheikh berkata., “Dia (Allah) lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ‎هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 3:6 Allah Azza Wajalla mencipta kita mengikut kehendak-Nya, dan hanya Dialah yang mengetahui sebab dan asbab keadaan ciptaanNya. Kerana dialah Allah, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui hal-keadaan setiap ciptaanNya. Allah berfirman; “Dan pada sisi Allah jualah ...