Hadith kelebihan rejab


๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—๐—”๐—•!
.
1- Hentikan menyebar sms, emel, whatsapp berkaitan catatan amal akan ditukar pada 1 Rejab dan sebagainya. Ia termasuk pendustaan ke atas nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Ia merupakan dosa besar.
.
2- Tidak wujud sebarang puasa khas atau solat khas sempena bulan Rejab. 
.
.
๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐‘๐„๐‰๐€๐: ๐’๐”๐๐๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐” ๐๐ˆ๐ƒ'๐€๐‡?
.
ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ู ุจู’ู†ู ุญูŽูƒููŠู…ู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽุฃูŽู„ู’ุชู ุณูŽุนููŠุฏูŽ ุจู’ู†ูŽ ุฌูุจูŽูŠู’ุฑู ุนูŽู†ู’ ุตูŽูˆู’ู…ู ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽู†ูŽุญู’ู†ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงุจู’ู†ูŽ ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ ู„ูŽุง ูŠููู’ุทูุฑู ูˆูŽูŠููู’ุทูุฑู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุตููˆู…ู 
.
Uthman bin Hakim al-Ansori radiallahu โ€˜anhu berkata: Aku telah bertanya kepada Saโ€™id bin Jubair tentang puasa dalam bulan Rejab. Ketika itu kami berada dalam bulan Rejab. Saโ€™id bin Jubair pun menjawab: Aku mendengar Ibn โ€˜Abbas radiallahu โ€˜anhuma berkata: Rasulullah sallallahu โ€˜alaihi wasallam berpuasa sehingga kami berkata beliau tidak berbuka. Baginda berbuka sehingga kami berkata baginda tidak berpuasa. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1157]
.
Imam an-Nawawi dalam Syarahnya menyatakan bahawa puasa di atas merujuk kepada puasa bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab).
.
.
Di sini, kita perlu jelas di mana bid'ahnya, dan di mana sunnahnya sebagaimana pendapat majoriti ulama yang menggalakkan puasa Rejab.
.
1- Ia ๐˜€๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฎ๐—ต kerana bulan Rejab termasuk bulan-bulan Haram dan berdasarkan hadis di atas. Maka digalakkan berpuasa dan banyakkan amalan soleh yang lain yang memang sudah sedia ada dalam sunnah.
.
2- Ia ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฑ'๐—ฎ๐—ต apabila landasan atau asas amalan itu ialah hadis-hadis yang tidak sahih, di mana ada yang menyebutkan puasa yang ๐—ธ๐—ต๐˜‚๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ-๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚ dalam bulan Rejab, ๐—ณ๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜-๐—ณ๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚, atau๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต-๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚ yang dikhususkan pada malam atau siang Rejab ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ต.
.
3- Penyebaran hadis palsu adalah satu maksiat. Dan ramai ulama menyatakan dosa maksiat dalam bulan-bulan Haram lebih berat daripada bulan-bulan lain. Jangan cemari amalan sunnah dengan tokok tambah dan penyebaran hadis-hadis tidak sahih.
.
Wallahua'lam.
Teruskan membaca huraian ulama' di sini --> 
http://mohdmasri.com/rejab-sahihkah-hadis-hadis.../

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)