Kenapa aku tak secantik dia


🕋 Kenapa aku tak secantik dia?

Pasti pernah ada yang mengeluh 

Kenapa aku tak secantik si Farah?? Muka aku berminyak, berjerawat tak sejelita seperti Fatin? 
Kenapa Dayang menawan sedangkan aku ni..

Ada juga yang mengeluh, kenapa fizikal aku begini dan begitu.

Aku teringat dengan pesan Sheikh Tariq Assihli (2018). Sheikh atau Pensyarah Al Quran tidak asing lagi untuk pelajar-pelajar Uni Islam Madinah.

Sheikh berkata.,

“Dia (Allah) lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

‎هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
3:6

Allah Azza Wajalla mencipta kita mengikut kehendak-Nya, dan hanya Dialah yang mengetahui sebab dan asbab keadaan ciptaanNya.

Kerana dialah Allah, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui hal-keadaan setiap ciptaanNya.

Allah berfirman;
“Dan pada sisi Allah jualah kunci-kunci segala yang ilmu ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.”
6:59

‎۞ وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Namun amat menyedihkan kebanyakkan Manusia mengeluh dan tidak bersyukur atas apa Allah telah tentukan padanya. 

Ada yang merengek kerana hidung nya sedikit besar dari orang lain, ada yang mengeluh kerana kulitnya gelap dari orang lain. Mereka mengeluh dan tidak bersyukur sedangkan ada yang lahir lebih teruk keadaannya, ada yang tiada hidung dan ada yang lahir yang kulitnya dipenuhi dengan ketuat!.

Maha suci Allah yang mengetahui setiap ilmu ghaib dan tiada siapa yang mengetahui ilmu-ilmu tersebut selain nya.

Sahabat-sahabatku, Tiada Daun daunan yang gugur di hutan-hutan kecuali atas arahanNya, Allah dan pengetahuanNya. 

Namun, sesetengah dari kita tetap tidak bersyukur atas ketentuan ciptaan TuhanNya, seolah lupa Allah Maha Mengetahui dan ini adalah ujian untuk kita.

Wahai Sahabat yang Ku cintai, ketahuilah Allah telah menciptakan kamu dengan sempurna, dari segi susunan anggota tubuh ke setiap zarrah sel kamu.

‎الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ

yang telah menciptakanmu, menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,
82:7

Aku berasa sedih apabila seseorang tidak bersyukur atas rupanya, sedangkan Ramai yang inginkan kesempurnaan yang dimilikinya.

Sahabatku sekalian, seandainya kamu diuji dengan keindahan kekurangan (kecacatan yang indah) rupa atau tubuh. 

Ketahuilah setiap syukur kamu adalah AMAL dan ada pahala, 

setiap redha kamu AMAL dan pahala, 

setiap kesulitan yang kamu hadapi itu AMAL dan pahala. 

Dan Allah telah memilih kamu kerana kamu mampu menghadapi Ujian ini. 

“Allah tidak akan membebankan seseorang dengan sesuatu yang tidak terdaya untuknya” (2:286) 

Di Akhirat kelak,  WaAllahi ada Ganjaran Tiada gantinya dan kamulah golongan yang dicintai Allah.

‎وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

“Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. [3:146]

-Nasihat dari Sheikh Toriq assihli
(2018)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)