Waktu anak diperintahkan beribadah.
Waktu anak diperintahkan beribadah.
.
Ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa apabila anak berumur 7 tahun, hendaklah dia disuruh berpuasa, dan apabila 10 tahun masih enggan berpuasa, bolehlah dipukul dengan pukulan untuk mendidik. Ini kerana ia diqiaskan dengan solat.
.
Imam al-Syirazi berkata:
وأما الصبى فلا يجب عليه لقوله صلي الله عليه وسلم " رفع القلم عن ثلاثة عن الصبى حتى يبلغ وعن النائم حتى يستيقظ وعن المجنون حتى يفيق " ويؤمر بفعله لسبع سنين إذا اطاق الصوم ويضرب علي تركه لعشر قياسا على الصلاة
Kanak-kanak tidaklah wajib ke atas mereka untuk berpuasa. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w: Diangkatnya pena daripada 3 golongan, iaitu kanak-kanak sehingga baligh, orang yang tidur sehingga jaga, dan orang gila sehingga dia waras. Kanak-kanak itu hendaklah disuruh berpuasa apabila berusia 7 tahun, dan dipukul apabila berusia 10 tahun kerana diqiaskan kepada solat.
.
Imam al-Nawawi berkata:
.
وإذا اطاق الصوم وجب علي الولي أن يأمره به لسبع سنين بشرط أن يكون مميزا ويضربه علي تركه لعشر
Apabila (seorang kanak-kanak) mampu untuk berpuasa, wajib untuk walinya menyuruhnya berpuasa apabila dia berusia tujuh tahun, dengan syarat anak itu sudah mumayyiz, dan hendaklah memukulnya apabila dia tidak berpuasa apabila berumur 10 tahun. [Al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 6:253].
.
Dalam Sahih Muslim, disebutkan bagaimana para sahabat mendidik anak mereka untuk berpuasa.
.
عَنِ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذِ بْنِ عَفْرَاءَ، قَالَتْ أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ عَاشُورَاءَ إِلَى قُرَى الأَنْصَارِ الَّتِي حَوْلَ الْمَدِينَةِ " مَنْ كَانَ أَصْبَحَ صَائِمًا فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ وَمَنْ كَانَ أَصْبَحَ مُفْطِرًا فَلْيُتِمَّ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ " .
Daripada al-Rabi' binti Muawwiz bin 'Afra', beliau berkata: Rasulullah s,a.w mengutus utusan pada pagi hari Asyura ke kampung penduduk Ansar di sekeliling Madinah. Baginda bersabda: Sesiapa yang sudah berpuasa sejak pagi, hendaklah menyempurnakan puasanya. Sesiapa yang tidak berpuasa, hendaklah menyempurnakan puasa pada baki hari tersebut.
.
فَكُنَّا بَعْدَ ذَلِكَ نَصُومُهُ وَنُصَوِّمُ صِبْيَانَنَا الصِّغَارَ مِنْهُمْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ وَنَذْهَبُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَنَجْعَلُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَإِذَا بَكَى أَحَدُهُمْ عَلَى الطَّعَامِ أَعْطَيْنَاهَا إِيَّاهُ عِنْدَ الإِفْطَارِ .
Para sahabat berkata: Kami pun berpuasa pada hari. Kami jua menyuruh anak-anak kecil kami berpuasa, Insya-Allah. Kami pergi ke masjid, lalu membuatkan permainan untuk mereka yang diperbuat daripada kapas. Apabila salah seorang anak itu menangis untuk makan, kami akan memberikan mainan itu kepadanya sampailah waktu berbuka puasa. [Muttafaq 'Alaih].
.
Imam al-Nawawi menyatakan dalam Al-Minhaj Sharh Sahih Muslim:
.
وفي هذا الحديث تمرين الصبيان على الطاعات وتعويدهم العبادات ولكنهم ليسوا مكلفين
Hadis ini menunjukkan latihan kepada anak-anak untuk melakukan ketaatan, dan membiasakan mereka dengan ibadat. Akan tetapi mereka bukanlah mukallaf. [Sharh Sahih Muslim, 8:14].
.
Ayuh ibu bapa latih anak-anak kita mendirikan solat, berpuasa kerana itu adalah satu kewajiban.
Ibnu Asa'a.
.
Terima kasih
BalasPadam