Abdul Rahman bin Auf RA masuk syurga merangkak ??
ABDUL RAHMAN BIN AUF RA MASUK SYURGA MERANGKAK
Kisah ini diriwayatkan dari Umarah bin zadzan dari Thabit dari Anas:"suatu hari Aisyah mendengar suara kuat di Madinah.Aisyah bertanya suara apakah itu.Dijawab"suara unta2 milik Abdul Rahman b Auf yang baru tiba dari Syam.Mereka membawa pelbagai bahan makanan sebannyak 700 ekor unta".Aisyah berkata" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda...Aku melihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak".Apabila Abdul Rahman bin Auf ra mendengar ucapan itu,beliau berkata"Jika aku mahu,aku mampu memasukinya dalam keadaan berdiri".Beliau lalu menafkahkan semua unta dan muatannya di jalan Allah.
ULASAN:
1)sanad(rantaian perawi) hadis ini mungkar.Imam Ahmad menilai hadis ini sebagai dusta,bahkan beliau pernah menyuruh hadis ini dikeluarkan dari kitab musnad beliau.
2)Kelemahan hadith ini terletak pada 'Umarah bin Zadzan yang dinilai sangat lemah(sebagaimana dakwaan Imam As-syaukani dalam Fawaid Al-majmu'ah) dan selalu meriwayatkan hadis2 mungkar.
3)Ibnu Hajar dalam Al-qaulul Musaddad mendatangkan sanad lain bagi hadith ini.Walaubagaimanapun, kesemua sanadnya lemah dan tidak dapat dijadikan hujjah.
4)Ibnu al-Jauzi dalam Al-Maudu'at menilai hadith ini sebagai palsu.
5)Imam Azzahabi dalam Siar 'alam an-nubala' mengatakan ia hadis munkar juga.
6)Ibnu Hajar Al-Haithami dalam Majma' Az-zawaid berkata" kisah ini disebutkan oleh Al-Bazzar dan di dalam sanadnya ada perawi bernama Aghlab bin Tamin yang disepakati lemah dalam meriwayatkan hadith.Ibnu Hajar menambah,"sesungguhnya telah terbukti Abdul Rahman bin Auf menyertai perperangan Badar dan ikut serta dalam perjanjian Hudaibiah.Beliau juga dijamin dengan balasan Syurga oleh Rasulullah saw dan turut bersolat di belakang Rasulullah saw"
7)Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Al-Fatawa tegas mengatakan "setiap hadith yang menyebutkan Abdul Rahman masuk syurga secara merangkak adalah palsu dan tidak ada asal usulnya"
Kesimpulannya,hadith seumpama ini dilarang untuk disebarkan melalui ceramah/bayan kerana ia merupakan sebuah kedustaan yang disandarkan kepada Nabi saw.Hadith2 palsu hanya boleh disebutkan semata2 untuk menerangkan status hadith tersebut sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan