SAIDINA UMAR RA MEMBUNUH/ MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP.

SAIDINA UMAR RA MEMBUNUH/MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP.

1)Cerita ini tidak dijumpai di dalam mana2 kitab hadith dan kitab sejarah yg mu'tabar(diterima). 

2)Bahkan ia bercanggah dengan kaedah dirayatul hadith contohnya:
a)Tidak ada riwayat yang mengatakan qabilah quraisy pernah menanam/membunuh anak perempuan mereka hidup2.
Bahkan adat menanam anak perempuan hidup2 merupakan tradisi sesetengah qabilah Bani Tamim dan Bani Asad kerana bimbangkan berlakunya kepapaan/kemiskinan disebabkan oleh anak2 tersebut.Pekara ini dikuatkan oleh sebuah riwayat dari Qais bin 'Asim yang merupakan pemimpin Qabilah bani Tamim memeluk islam dan mengaku telah menanam 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah kerana bimbangkan kepapaan tertimpa ke atas mereka kerana anak perempuan.

b)Kaum keluarga Saidina Umar ra terkenal dengan usaha suci menyelamatkan anak2 perempuan daripada dibunuh.Zaid bin Amar bin Nufail(sepupu saidina umar) pernah membeli anak2 perempuan yg masih kecil dari ibu bapa mereka dan memelihara mereka sehingga dewasa.Sangat mustahil saidina umar membunuh anaknya sendiri sedangkan keluarga beliaulah bertungkus lumus menyelamatkan anak2 perempuan dari dibunuh ibu bapa mereka.

C)Hindun,seorang sahabiah yang berketurunan quraisy menafikan mereka terlibat dalm pembunuhan anak perempuan.Dalam sebuah riwayat belaiu berkata "kami memelihara mereka semasa kecil".Perkataan Hindun ra jelas menafikan mereka terlibat dengan pembunahan anak perempuan.Perkataan Hindun ra dicatatkan dalam secara terperinci di dalam kitab2 hadith dan sirah.

d)Dalam tradisi masyarakat arab,seseorang akan dikuniyahkan(disandarkan panggilan) kepada nama anak sulungnya.Contohnya Saidina Umar ra dipanggil Abu Hafsin(Bapa kepada Hafsah).Anak sulung Saidina Umar ra adalah Hafsah ra dan masih hidup dizaman keislaman Umar ra.Jika benar beliau pernah membunuh anak perempuannya,siapakah anak yg d bunuh itu?.Ibn Jauzi dan ulama lain telah menyenaraikan dengan terperinci nama2 isteri dan anak saidina Umar.Tidak akan dijumpai identiti anak perempuan yang beliau bunuh.

3)Ada sebuah riwayat Addarimi dalam sunannya menceritakan tentang seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan menceritakan tentang seorang lelaki yg telah membunuh anak perempuannya dengan menolaknya ke dalam telaga.Ulama hadith mengatakan hadith ini berstatus munqati'(terputus) kerana perawi yang bernama wadhin tidak menyebutkan sanad(rantaian nama perawi lain yang bersambung sampai kepada Rasulullah saw).Bahkan keperibadian Wadhin itu sendiri dipertikaikan oleh ulama rijal hadith(pakar pengkaji keperibadian perawi).Imam Bukhari/Muslim/Nasaei tidak mahu menerima hadith dari Wadhin.Ibnu saad mengatakan Wadhin adalah perawi doef(lemah).Jauzajani mengatakn "riwayatnya(Wadhin) lemah".Ibnu Hajar mengatakan "Ingatannya(Wadhin) sangat teruk disamping dia dituduh berfahaman Qadariah"

KESIMPULAN:
Kisah saidina umar ra menanam/membunuh anak perempuannya semasa zaman jahiliah adalah kisah palsu yg tidak diketahui sumber asalnya dengan tepat.Jika ada sekalipun ia bercanggah dengan kaedah dirayah hadith.Nasihat saya kepada para pembayan dan penceramah,berhati-hatilah.Pastikan hadith/cerita/maklumat yang hendak disampaikan itu betul2 benar dan tepat.

tulisan Nazario aguero

cc. Mohd Noor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)