Hijrah Nabi SAW ke thoif.



Assalamualaikum wbt..

Sebelum peristiwa Isra' mi'raj baginda Nabi SAW telah melalui empat peristiwa yang mana telah menyebabkan Nabi SAW bersedih.

1. Peristiwa pertama adalah meninggalnya abu talip yang merupakan pemimpin di mekah yang telah membenarkan Nabi SAW berdakwah di mekah.
2. Peristiwa kedua adalah meninggalnya siti khadijah. Insan yang selalu memberi semangat dan sokongan kepada Rasulullah dlm berdakwah bermula dari hari pertama baginda mendapat wahyu.
3.peristiwa ketiga adalah orang islam dipulaukan di mekah,.
Tidak dibenarkan berurusan jual beli dengan org islam. Perjanjian itu digantung di kaabah.
4. Dan peristiwa keempat adalah peristiwa thoif.

Disini saya ingin kongsikan secara ringkas tentang peristiwa Thoif yang mana peristiwa ini Nabi SAW rasakan lebih berat berbanding peristiwa Uhud.
Keadaan ini diceritakan Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam saat ditanya oleh istri tersayang, yaitu ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma :

هَلْ أَتَى عَلَيْكَ يَوْمٌ كَانَ أَشَدَّ عَلَيْكَ مِنْ يَوْمِ أُحُدٍ قَالَ لَقَدْ لَقِيتُ مِنْ قَوْمِكِ مَا لَقِيتُ وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْعَقَبَةِ إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ كُلَالٍ فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ عَلَى وَجْهِي فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا وَأَنَا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا جِبْرِيلُ فَنَادَانِي فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الْجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ فَنَادَانِي مَلَكُ الْجِبَالِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ عَلَيْهِمْ الْأَخْشَبَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Apakah pernah datang kepadamu satu hari yang lebih berat dibandingkan dengan saat perang Uhud?”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Aku telah mengalami penderitaan dari kaummu. Penderitaan paling berat yang aku rasakan, yaitu saat ‘Aqabah, saat aku menawarkan diri kepada Ibnu ‘Abdi Yalîl bin Abdi Kulal, tetapi ia tidak memenuhi permintaanku. Aku pun pergi dengan wajah bersedih. Aku tidak menyadari diri kecuali ketika di Qarnust-Tsa’âlib, lalu aku angkat kepalaku. Tiba-tiba aku berada di bawah awan yang sedang menaungiku. Aku perhatikan awan itu, ternyata ada Malaikat Jibril q , lalu ia memanggilku dan berseru: ‘Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan penolakan mereka terhadapmu. Dan Allah Azza wa Jalla telah mengirimkan malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan melakukan apa saja yang engkau mau atas mereka’. Malaikat (penjaga) gunung memanggilku, mengucapkan salam lalu berkata: ‘Wahai Muhammad! Jika engkau mau, aku bisa menimpakan Akhsabain’.” [1]

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “(Tidak) namun aku berharap supaya Allah Azza wa Jalla melahirkan dari anak keturunan mereka orang yang beribadah kepada Allah semata, tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun jua”. [HR Imam al-Bukhâri dan Imam Muslim].

_____________________________________

PERISTIWA HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE THOIF.

Syawal tahun ke 10 kenabian(akhir bulan Mei atau awal permulaan Jun 619m) Nabi saw pergi ke Thoif yang jaraknya sejauh 60 batu dari Mekah,berjalan kaki pergi dan balik.Menemani baginda,Zaid b Harithah yang merupakan hamba dan anak angkat baginda saw.

Setiap kali mereka berjumpa kabilah di tengah perjalanan,mereka mengajak mereka kepada Islam.Namun malangnya tidak ada seorang pun yang menerima ajakkan itu.

Sesampainya di Thoif,Nabi saw berjumpa dengan 3 orang pembesar Thoif iaitu Abdul Yalil,Masud dan Habib yang merupakan anak kepada Amar bin Umair Assaqafi.Nabi saw berdakwah kepada mereka,mengajak kepada lslam dan membantu perjuangan Nabi saw.Tetapi,mereka menolak sekeras-kerasnya ajakkan tersebut dan Nabi saw tidak mendapati sebarang "imbuhan" kebaikkan daripada mereka.

Menyedari mereka menolak ajakkan tersebut,Nabi saw hanya meminta mereka untuk tidak menghebahkan kedatangan Nabi saw kepada mereka agar orang-orang Quraisy tidak mengetahui Nabi saw meminta bantuan kepada orang-orang Thoif yang merupakan musuh Quraisy dan kerana bimbangkan orang Quraisy menambahkan penindasan kepada orang-orang islam.

Nabi saw tinggal di Thoif selama 10 hari,berjumpa dengan semua pembesar Thoif dan menyeru mereka kepada islam.Namun mereka mengusir Nabi saw.
Ketika Nabi saw keluar dari bumi Thoif orang-orang yang bodoh serta hamba sahaya telah mengikuti Nabi saw di belakang.
Mereka memaki Nabi saw sambil berteriak dan mereka berkumpul membentuk barisan, lalu membaling baginda saw dengan batu sambil mencela baginda saw.
Mereka merejamkan batu di belakang lutut Nabi saw sehingga terluka dan berlumuran darah pada sepatu Nabi saw.

Zaid bin Harithah ra tidak dapat berbuat apa-apa dan cuba menyelamatkan dirinya,pun begitu kepalanya tetap terluka.
Mereka berdua terus pergi sehingga melalui sebuah kebun anggur milik Syaibah bin Rabiah(3 batu dari Thoif).
Nabi saw duduk di bawah naungan pohon tamar dan bersandar di tembok serta menenangkan dirinya.

Baginda saw seraya berdoa :

"Ya Allah aku mengadu kepadamu tentang kelemahan diriku dan kekurangan rancanganku,serta keinginanku (untuk membawa manusia kepada islam).
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kamu adalah Tuhan orang-orang yang lemah dan juga Tuhanku.
Kemanakah engkau akan menyerahkan aku?
Ketempat jauh yang akan mengasingkan aku atau kepada musuh yang akan membinasakan urusan dakwahku?. "

Syaibah kasihan melihat baginda saw lalu mengutuskan seorang hamba Nasrani miliknya yang bernama 'Adas membawa segugus anggur.

Ketika mula makan,Nabi saw menyebut   "bismillah."
Lalu 'Adas berkata bahawa kalimah tersebut tidak pernah disebut oleh orang-orang Thoif.
Nabi saw bertanya tentang agama 'Adas dan menyerunya kepada islam.
'Adas menerima dakwah tersebut lalu memeluk islam.

Pada ketika itu Jibril as datang membawa perintah Tuhan untuk menghancurkan Kota Thoif,namun ditolak oleh Nabi saw.

Nabi saw lalu berdoa :
"Ya Allah,berikan petunjuk kepada kaumku,kerana mereka tidak mengetahui"

Rujukkan: kitab Nurul Yaqin karangan syeikh Muhammad Al-Khudori Bik/Rahiqul Makhtum karangan Mubarakfuri.

Komentar:
Manhaj Penyusunan atau penulisan kitab sirah adalah berbeza-beza.Sebahagian penulisan mgunakan lafaz hadith secara tafsil(terperinci) seperti tulisan al bukhari dan seumpamanya.
Ada juga penulisan secara ijmali(ringkas) seperti tulisan di atas.

Cc;(terjemahan Nazary )

Nota : peristiwa uhud telah menyebabkan seramai 70 orang sahabat syahid. Baginda Nabi SAW juga turut mengalami kecederaan.
Namun mengapa Nabi SAW merasakan peristiwa thoif lebih berat berbanding Uhud??
Ini kerana pada ketika itu Nabi SAW merasakan sudah tidak ada ruang untuk mengembangkan Islam dikota mekah.
Lalu memilih thoif sebagai tempat perkembangan Islam.sebagai Seorang Nabi dan Rasul pastinya ini akan menyedihkan baginda Nabi SAW apabila dirinya dan agamaNya ditolak pembesar dan penduduk Thoif.

( Nota ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri ).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)