PENDAPAT 4 MAZHAB TENTANG KENDURI ARWAH.

EMPAT MAZHAB MENCELA, MENGHARAM & MEMAKRUHKAN KENDURI ARWAH.

1) MAZHAB MALIKI

وجمع الناس على طعام بين الميت بدعة مكروهة لم ينقل منها شئ, وليس ذلك موضع ولائم.

Perhimpunan orang ramai pada makanan di rumah si mati adalah bid’ah yang makruh, tidak ada sandaran riwayat yang boleh berpegang sedikit pun dan ia bukan tempatnya yang sepatutnya dan ia dicela.

Rujuk:  الشرح الصغير و حاشية الصحاوي   juzu’ 1, ms. 199.

2) MAZHAB SYAFIE

Berkata Imam Syafie r.h:

وأكره المأتم وهي الجماعة وإن لم يكن لهم بكاء فإن ذلك يجدد الحزن ويكلف المؤنة

"Aku membenci diadakan mu’tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan tanggungan (waris si mati)."

Rujuk: الأم juzu’ 1 ms. 278-279.

Berkata Imam al-Nawawi r.h:

وأما إصلاح اهل الميت طعاما وجمع الناس عليه , فلم ينقل فيه شئ وهو بدعة غير مستحبة. ويستدل لهذا بحديث جريربن عبد الله رضى الله عنه: كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة.

“Jika keluarga si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpun mereka kepada makanan itu, maka ia tidak ada sandaran riwayat yang  boleh dipegang sedikit pun, dan perbuatan itu bid’ah yang tidak disunatkan. Berdalil dengan hadis Jarir Bin Abdullah r.a: “Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah dari ratapan kematian.”

Rujuk: المجموع شرح المذهب  juzu’ 5, ms. 286.                                          

3) MAZHAB HANBALI

Berkata Imam Ibnu Qudamah r.h:

فأما صنع اهل الميت طعاما للناس فمكروه, لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا إلى شغلهم وتشبها بصنع اهل الجاهلية .

"Jika keluarga si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka hukumnya makruh, kerana perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan ke atas kesibukan mereka yang sedia ada, dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliyyah."

Rujuk: المغني اوليه ابن قدامة الحنبلي  juzu’ 2, ms. 550.

4) MAZHAB HANAFI

ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام من اهل الميت ، لأنه شرع فى السرور ولا فى الشرور، وهي بدعة مستقبحة . فقد روي الإمام احمد وابن ماجة بإسناد صحيح عن جرير بن عبدالله قال:”كنا نعد الإجتماع إلى اهل الميت وصنعهم الطعام من النياحة”.

"Hukumnya adalah makruh keluarga si mati menerima tetamu dengan memberi makan kepada mereka, kerana yang demikian itu hanya disyarakkan pada waktu gembira, bukan pada waktu tidak baik (waktu sedih selepas kematian), dan ianya suatu bid’ah yang keji. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih dari Jarir Bin Abdullah r.a, katanya: “Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan (untuk dijamu kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian.”

Rujuk: فتح القدير شرح الهداية فقه الحنفية  juzu’ 1, ms. 473.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)