Celaka bagi manusia yang bercakap untuk mentertawakan orang lalu dia menipu.

                        Gambar google.




Bergurau merupakan perkara yang diharuskan dalam Islam. 
Banyak hadith yang menceritakan tentang cara Rasulullah SAW bergurau.
Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh at- Tarmidzi dan Abu Daud;

Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW pernah berkata kepadanya yang bermaksud,
"Wahai pemilik dua telaga"
(Hr at-Tarmidzi dan Abu Daud) - Hasan.

Rasulullah memanggil Anas begitu kerana Anas merupakan seorang pendengar yang baik. Ketika itu Rasulullah SAW sedang bergurau dengan Anas.

Direkodkan oleh Imam at-Tarmidzi di dalam kitab Syama’il Muhammadiyyah, Anas bin Malik berkata yang maksudnya:

“Rasulullah SAW bergaul rapat dengan kami, sehingga Baginda pernah berkata kepada adikku yang masih kecil dengan berkata:  “Wahai Abu `Umair, apakah yang sedang dilakukan oleh nughair (sejenis burung yang berparuh merah?”
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi) - Sahih.

Walaupun  bergurau merupakan hal yang dianjurkan, namun Islam melarang mengucap kata- kata dusta supaya orang lain ketawa ketika bergurau. Ini berdasarkan hadith dari Bahz bin Hakim, ia berkata bahwa ayahnya, Hakim telah menceritakan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

وَيْلٌ لِلَّذِى يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ

“Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya karena ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” 
(HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Al Hafizh Abu Thohir mengatakan hadith ini hasan sahih.

Dalam satu hadith lain, Rasulullah SAW bersabda,

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

“Saya memberikan jaminan rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meningalkan perdebatan walaupun dia orang yang benar. Saya memberikan jaminan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan kedustaan walaupun dia bergurau. Saya memberikan jaminan rumah di syurga yang tinggi bagi orang yang membaguskan akhlaqnya.” (HR. Abu Dawud) - Sahih.


Imam Al-Son'aani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini dengan katanya: Hadis ini merupakan dalil ke atas pengharaman berbohong untuk membuat sesuatu kaum itu ketawa, dan ini adalah pengharaman yang khas. Diharamkan juga ke atas para pendengar untuk mendengarnya, apabila mereka mengetahui yang dia sedang berbohong. Ini kerana perbuatan itu dianggap sebagai ikrar (mengakui) perkara yang mungkar. Bahkan wajib ke atas mereka untuk mengingkari perbuatan tersebut, atau bangun dari tempat duduk. Sesungguhnya perbuatan berbohong dianggap sebahagian dari dosa besar. 
Rujuk Subul Al-Salam, Al Son'aani (4/202).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan bahwa berbohong dalam bercanda dapat menimbulkan permusuhan atau salah paham di antara manusia. Syariat ini dalam rangka untuk menutup jalan ke arah yang lebih buruk, meskipun tidak menyebabkan langsung, tetapi ia boleh menjadi asbab kepada permusuhan dan salah paham.
Beliau berkata,

وقد قال ابن مسعود : ” إن الكذب لا يصلح في جَدٍّ ، ولا هزل ” … .
وأما إن كان في ذلك ما فيه عدوان على المسلمين ، وضرر في الدين : فهو أشد تحريماً من ذلك ، وعلى كل حال : ففاعل ذلك – أي : مضحك القوم بالكذب – مستحق للعقوبة الشرعية التي تردعه عن ذلك .

“Ibnu Ma’sud berkata, ‘Berbohong itu tidak layak baik dalam keadaan serius mahupun bergurau’. Apabila dalam gurauan menimbulkan permusuhan di antara manusia dan menimbulkan mudharat dalam agama, maka lebih diharamkan lagi. Pelakunya berhak mendapatkan hukuman yang boleh menyebabkan pelakunya menyesal.” 
(Majmu’ Al-Fatawa 32/256]


_________________________
Mohd Noor bin Asa'a

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)