PENGENALAN HADITH (BAHAGIAN 1)
Hadith merupakan sesuatu yang disandarkan pada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan mahupun sifat Baginda sendiri.
Penting bagi kita mengetahui kesahihan sesuatu hadith sebelum disebarkan kepada umum agar kita tidak bersama golongan yang disebut sebagai pendusta hadith.
Menyandarkan sesuatu perkataan atau perbuatan kepada Rasulullah SAW padahal ia bukan datang dari Rasulullah SAW adalah sangat bahaya kepada agama.
Nabi SAW memberi amaran kepada golongan yang sengaja berdusta atas nama Baginda SAW.
Sabda Rasulullah SAW;.
"Barang siapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia bersiap-siap mengambil tempat di Neraka".
(Muttafaq 'alaih) - Sahih.
Ibnu Hajar al-Asqolani menjelaskan,
"Para ulama sepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang sengaja berdusta atas nama Rasulullah SAW termasuk dosa besar, bahkan Abu Muhammad al-Juwaini sangat keras sehingga mengkafirkan orang yang sengaja berdusta atas nama Rasulullah SAW. Dan mereka juga bersepakat mengatakan haramnya meriwayatkan hadis maudhu,
kecuali disertakan keterangannya yang menjelaskan tentang kepalsuannya,
Ini berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa menceritakan dariku suatu hadis yang dia ketahui kedustaannya, maka dia termasuk di antara dua pendusta".
(HR. Muslim) - Sahih.
Pentingnya memahami ilmu hadith sehinggakan para ulama memberikan keutamaan kepada ahli Hadith.
Kata Ibnu Qayyim;
"Menyampaikan Sunnah kepada umat, menyebarkan Sunnah Nabi SAW kepada umat lebih utama daripada melontarkan panah ketika berperang melawan musuh- musuh Islam, kerana hal yang demikian itu mampu dilakukan oleh semua orang, tidak perlu ada keistimewaan khusus, yang penting kuat dan mempunyai sedikit kemampuan dan keberanian, maka dia mampu.
Adapun menyampaikan sunnah kepada umat, maka tidak mampu dilakukan kecuali oleh pewarisnya para Nabi dan penganti - pengganti tugas mereka untuk umat ini. Semoga Allah SWT memudahkan dan memasukkan dia ke dalam golongan mereka dengan rahmat dan karuniaNya"
Imam Ibnul Mubarak pula mengatakan;
"Aku tidak mengetahui setelah tingkat kenabian, kedudukan yang lebih utama dari kedudukan orang- orang yang memahami Sunnah Nabi SAW kemudian menyebarluaskannya ke kalangan manusia"
Terdapat tiga(3) jenis hadith, iaitu Hadith Marfu', Hadith Mawquf dan Hadith Maqtu'.
Hadith Marfu merupakan hadith yang disandarkan kepada Rasulullah SAW.
Hadith Mawquf pula adalah hadith yang disandarkan kepada para sahabat.
Manakala hadih Maqtu' pula adalah hadith yang disandarkan kepada golongan Tabiin.
Hadith yang disandarkan kepada Nabi SAW, ataupun yang disebut sebagai Sunnah Rasulullah SAW pula terbahagi kepada empat(4).
Sunnah Qawliyyah, Sunnah fi'liyyah, Sunnah Taqririyyah dan Sunnah Hamiyyah.
Sunnah Qawliyyah merupakan Sunnah yang diambil dari perkataan Baginda SAW.
Sunnah fi',liyyah pula merupakan Sunnah yang di ambil dari perbuatan Baginda SAW dihadapan para Sahabat.
Sunnah Taqririyah pula persetujuan atau sikap Nabi SAW yang berdiam diri seperti bersetuju di atas perbuatan yang dilakukan para Sahabat.
Manakala Sunnah Hamiyyah adalah cita- cita atau impian Baginda SAW yang tidak sempat dilaksanakan ketika Baginda SAW masih hidup.
Dari sudut ilmu, hadith dibahagikan mengikut 3 penilaian, iaitu Bilangan perawi, Sifat perawi dan akhir sanad.
Bilangan perawi terbahagi kepada dua(2) iaitu mutawatir dan ahad.
• HADITH MUTAWATIR.
Hadith mutawatir merupakan hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi dari awal hingga akhir sanad dan melepasi 3 zaman awal, iaitu zaman tabaqah sahabat, tabaqah tabiin dan tabaqah tabi'.
- Jumlah perawi yang ramai dari awal hingga akhir sanad menyebabkan mustahil untuk semua perawi berpakat untuk tersilap atau berdusta.
° Syarat hadith mutawatir
- Jumlah perawi yang ramai dalam setiap jalur sanad dan tabaqah.
- Cara penyampaian dan penerimaan sanad adalah secara mendengar dan melihat(Bertemu).
- Perawi menepati syarat hadith sahih.
- Tidak bercanggah dengan Al-Quran atau setaraf.
Hadith mutawatir terbahagi kepada dua(2)
iaitu mutawatir lafzi dan mutawatir ma'nawi.
- mutawatir lafzi adalah hadith yang sama dari sudut lafaz dan matan.
-mutawatir ma'nawi adalah hadith yang membawa maksud yang sama tapi berbeza dari sudut lafaz.
Wajib untuk beramal dengan hadith mutawatir,
menolak hadith mutawatir boleh menyebabkan terkeluar dari Islam.
• HADITH AHAD.
Hadith ahad merupakan hadith yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih perawi dan tidak memenuhi syarat hadith mutawatir. Contohnya pada jalur hadith atau perawi hadith.
Hadith ahad terbahagi kepada tiga(3)
^ Hadith masyhur.
^ Hadith aziz.
^ Hadith gharib.
- Hadith masyhur dari sudut bahasa merupakan hadith yang tersebar luas dan terkenal.
Manakala dari sudut istilah pula ialah hadith yang diriwiyatkan oleh tiga(3) orang perawi atau lebih pada setiap tabaqah, namun ia tidak mencukupi syarat hadith mutawatir.
- Hadith aziz adalah hadith yang diriwayatkan oleh tidak kurang 2 orang perawi pada setiap peringkat sanad.
- Hadith gharib pula adalah hadith yang diriwayatkan oleh hanya seorang perawi.
Hadith gharib dibahagikan kepada dua(2) kategori iaitu gharib Mutlaq dah gharib nisbi.
~ Hadith gharib mutlaq adalah hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dari awal sanad lagi.
~ Manakala hadith gharib nisbi adalah hadith yang pada awal sanad diriwayatkan oleh ramai perawi tapi dipertengahan sanad hanya seorang perawi yang meriwayatkan hadith tersebut.
° Hadith ahad merupakan hadith yang bertaraf zaan, tidak Qat'tie dan tidak meyakinkan.
° Hadith ahad dibahagikan kepada tiga(3) peringkat iaitu Sahih, Hasan dan dhaif mengikut jalur sanad dan sifat perawi hadith tersebut.
- Hadith Sahih.
Diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit. Sanad bersambung, tidak cacat dan tidak syaz.
Hadith sahih dibahagikan kepada dua(2),
iaitu sahih li zatih dan sahih li ghairih.
~ Sahih li zatih.
^ Hadith yang memenuhi syarat hadith sahih.
^ Hadith sahih yang telah disepakati tidak menyalahi riwayat thiqah yang lain mestilah diterima dan diamalkan hingga ada perkara yang mencabar kesahihannya.
~ Sahih li ghairih.
Hadith yang sanadnya bersambung dan perawinya bersifat adil dan dhabit.
Cuma sifat adil dan dhabit perawi hadith sahih li ghairih sedikit kurang dari sahih li zatih.
Tingkat kesahihan hadith pula adalah dari,
✓Hadith yang disepakati oleh "mutaffaq alaih"(Imam Bukhari dan Imam Muslim)
⬇️
✓ Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sahaja.
⬇️
✓ Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sahaja.
⬇️
✓ Hadith sahih yang menepati syarat Bukhari dan Muslim, tapi tidak direkodkan dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim.
⬇️
✓ Hadith sahih yang menepati syarat Bukhari tapi tidak direkodkan dalam sahih Bukhari.
⬇️
✓ Hadith sahih yang menepati syarat Muslim tapi tidak direkodkan dalam sahih Muslim.
⬇️
✓ Hadith sahih menurut penilain ulama selain Bukhari dan Muslim.
- Hadith Hasan.
Hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir. Perawi bersifat adil, tidak syaz dan tidak cacat. Matan-nya juga tidak janggal. Tapi kurang pada dhabitnya.
Hadith Hasan dibahagi kepada dua(2). Iaitu Hasan li zatih dan Hasan li ghairih.
~ Hasan li zatih.
Hadith yang sanadnya bersambung. Dalam periwayatan hadith ini terdapat perawi yang adil tapi kurang dhabit sama ada dari sudut tulisan atau hafazan, tetapi tidak janggal atau cacat.
~ Hasan li ghairih.
Hadith ini adalah hadith yang tidak jelas dari sudut sanadnya. Sifat perawi hadith ini tidak dapat dipastikan sama ada ingatan perawi kuat atau lemah, tapi bukan dalam golongan perawi yang cuai atau pendusta.
Hadith hasan li gharih adalah hadith yang diletakkan oleh beberapa ulama dalam taraf hadith dhaif, tapi diangkat menjadi hadith hasan li gharif kerana ada hadith lain yang menyokong dan menguatkan hadith ini.
- Hadith dhaif.
Hadith ini merupakan hadith yang lemah kerana terdapat masalah pada perawi dan sanad hadith ini. Hadith dhaif tidak diterima oleh para ulama sebagai sumber rujukan. Hadith yang tidak memenuhi syarat- syarat maqbul(sahih dan hasan).
~ Antara masalah pada perawi hadith ini ialah,
^ Fasikh (lemah pada hafalan dan banyak melakukan kesilapan).
^ Menyanggahi riwayat yang lebih thiqah.
^ Pendusta (Hadith maw'du).
^ Dituduh dusta (Hadith mat'ruk).
^ Tidak dikenali (Hadith mubham).
^ Ahli bidaah (Hadith mardud.)
^ lemah pada hafalan (Hadith syaz dan mukhtalit).
~ Antara masalah pada sanad pula ialah,
^ Sanad tidak bersambung.
^ Sanad pertama gugur (Hadith mu'allaq).
^ Tiada atau digugurkan sanad dari kalangan sahabat(Hadith mursal).
^ Lebih dari satu(1) sanad yang digugurkan secara berturut- turut.
(Hadith mu'dal).
^ Sanad yang tidak berturut- turut.
(Hadith munqati).
~ Hadith yang bermasalah dari sudut matan pula disebut sebagai hadith mawquf dan hadith maqtu'.
Hadith dhaif terbahagi kepada tiga(3) kumpulan.
^ Hadith mudo'af.
^ Hadith dhaif ringan.
^ Hadith dhaif berat.
• Hukum beramal dengan hadith ahad adalah,
^ Sahih - Wajib beramal dengan hadith ini.
^ Hasan - Jumhur ahli hadith berpendapat wajib beramal dengan hadith hasan dan mendahulukan hadith hasan li zatih sebelum hadith hasan li ghairih.
^ Dhaif - Hadith ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menentukan hukum, tapi masih boleh diamalkan dalam fadhail amal.
- Hadith Marfu'.
Hadith marfu' merupakan hadith yang disandarkan oleh para sahabat kepada Rasulullah SAW.
- Hadith mawquf.
Hadith mawquf merupakan hadith yang disandarkan kepada Sahabat.
Sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan para sahabat yang tidak dikaitkan dengan Rasulullah SAW.
- Hadith maqtu'.
Hadith yang disandarkan kepada para tabi'in tanpa dikaitkan dengan Rasulullah SAW. Sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan para tabi'in.
Bersambung ..
Ulasan
Catat Ulasan