Doa pagi
*Sudahkah anda membaca doa ini pada waktu pagi dan petang*
.
.
Anas bin Malik radiallahu 'anhu berkata:
.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِفَاطِمَةَ :
Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada Fatimah:
.
مَا يَمْنَعُكِ أَنْ تَسْمَعِي مَا أُوصِيكِ بِهِ ، أَنْ تَقُولِي إِذَا أَصْبَحْتِ وَإِذَا أَمْسَيْتِ :
Apa yang menghalangi engkau daripada mendengar kepada apa yang aku nasihatkan kepada engkau, iaitu hendaklah engkau membaca pada waktu pagi dan petang:
.
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.
Wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah keseluruhan urusan ku. Janganlah engkau serahkan diri ini kepada diri ku sendiri walau sekelip mata.
[Riwayat An-Nasaie dalam Al-Sunan Al-Kubra, Kitab 'Amal al-Yaum wa al-Lailah, no: 10330. Shaikh al-Albani menyatakan sanadnya hasan, Al-Silsilah Al-Sahihah, no: 227]
.
.
Doa ini melambangkan sikap tawakkal kita kepada Allah dan persangkaan baik kita kepada Allah.
.
.
#MMMR
Ulasan
Catat Ulasan