Hak Suami


Biasa kita dengar suami atau isteri membincangkan hal hal berkaitan suami. Tuntutan isteri pada suami. Tanggungjawab suami. Hal hal semua berkaitan suami perlu dengar dan ikut. Ya inilah hak yang selalu didambakan oleh para isteri. Ikut islam bukan ikut adat katanya.

Tapi jarang kan ada orang cuba memperlihatkan tuntutan suami pada isteri. Tanggungjawa isteri. Dan juga hal hal berkaitan yang isteri WAJIB tahu. 

Sebab apa jarang? “Perempuan selalu kena menang?” Ye nak menang, menang lah juga. Memang azali orang kata perempuan lebih kuat, lebih hebat, lebih sabar. 

Tapi bahayanya seorang isteri bila dia tidak tahu hati suaminya bagaimana. Sebab lelaki lebih hebat mendiamkan diri. Lelaki lebih hebat menahan sabar. Lelaki lebih hebat memendam rasa. Lelaki lebih hebat mengukir senyuman walaupun terluka.

Kesanya boleh jatuh dosa besar, lagi parah bila Allah melaknat perbuatan tu. Nauzubillah. Ini kebanyakan isteri kurang nampak.

Kita cuba menyusuri hak suami yang dipertikai oleh perbuatan perbuatan isteri dalam kehidupan seharian yang nampak simple tapi besar kesannya. 

1. Menghina pengorbanan suaminya.

Maksud Hadis Rasulullah SAW: “Allah tidak akan memandang (benci) siapa saja perempuan yang tidak berterima kasih di atas pengorbanan suaminya sedangkan dia masih memerlukan suaminya.”

Ini biasa kita lihat, walaupun suami pulun buat itu dan ini, jarang isteri nampak. Hanya dia nampak masa suaminya dalam keadaan tidak berbuat apa apa. Itulah yang dicanangkan dan akan pertikaikan bila suami mengatakan dia mahu rehat, atau suaminya cuba menerangkan apa yang dia telah buat.

2. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur. Ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu sampai Subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal seperti ini mungkin jarang berlaku, tapi tetap berlaku. Dikatakan suami tidak ada toleransi, tidak ada kefahaman, tidak ada perasaan. Itu gunanya ilmu buat para isteri. Ketahui bagaimana atau apakah layanan yang perlu diberi pada suami. Google ilmu itu bukan asyik google hak sendiri sahaja.

3. Membantah suruhan atau perintah suami.

Sabda Rasulullah SAW: ‘Siapa saja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dan Allah dan malaikat serta semua manusia.”

Hal nie memang banyak jadi, kerana kononnya suara suami itu tidak patut didengar. Keputusan harus datang dari isteri. Merekalah kononnya tunjang. Kita ambil contoh mudah, hal perkahwinan anak. Kebanyakan si isteri yang menentukan itu dan ini untuk anak tapi bila suaminya mengatakan tidak setuju maka dikatakan si suami tidak pandai hal hal sebegini. Simple tapi besarkan kesannya?

4. Bermuka masam terhadap suami.

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa saja perempuan yang bermuka masam di hadapan suaminya berarti ia dalam kemurkaan Allah sampai ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya.”

Perbuatan ini pun selalu je kau nampak. Tapi kau anggap remeh kan? Kononnya merajuk, kononnya suami tak ikut kata dia. Bayangkan dalam kereta si isteri bermasam muka dan ditakdirkan eksiden meninggal. Meninggal dalam kemurkaan Allah. Nauzubillah.

5. Jahat lidah atau mulut pada suami.

Sabda Rasulullah SAW: “Dan ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam Neraka (diantaranya) ialah wanita yang kotor atau jahat lidahnya terhadap suaminya.”

Ini isteri yang selalu meninggikan suara, berkata tidak baik pada suami, bercakap tentang hal suami pada orang lain, dan paling mudah berbahasa kasar walaupun si suami rela. “Eh kau nie, aku malas betul nak layan” contoh gurauan tapi kasar bunyinya kan? Siapa tahu dalam gelak suami tu dia terasa sebenarnya. Dia gelak juga sebab lelaki lebih hebat memendam rasa.

6. Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.

Ini dalam masyarakat kita memang wujud golongangan isteri sebegini. Sanggup membiarkan suami berhutang janji puas. Jika ditolak permintaan maka akan berkaitlah mengenai masam muka, menolak ajakan suami, berkata jahat tentang suami. Ingkar arahan suami. Nampak kan? Simple tapi besar kesanya. 

7. Keluar rumah tanpa izin suaminya. 

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa saja perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah sampai dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya.” (Riwayat Al Khatib)

Aku malas nak ulas yang ini. Sebab benda selalu jadi dalam masyarakat. Jadi para isteri beringatlah.

8. Berhias ketika suaminya tidak disampingnya.

Maksud firman Allah: “Janganlah mereka (perempuan-perempuan) menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya.” (An Nur 31)

Ini jelas? Aku rasa tak perlu ulas sebab rasanya semua isteri jelas.

9. Mengizinkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya ke rumah.

Hadis: “Jangan izinkan masuk ke rumahnya melainkan yang diizinkan adalah suaminya.” (Riwayat Tarmizi)

Ini bukan dikatakan lelaki sahaja yang tidak diizinkan, kalau kawan si isteri itu perempuan pun suami tak izinkan, maka dia tidak boleh masuk. 

10. Tidak mau menerima petunjuk suaminya.

Maksud Hadis: “Isteri yang derhaka hukumnya berdosa dan dapat gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, Nerakalah tempatnya di Akhirat kelak. Apa yang isteri buat untuk suami adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT”

Ini harap si isteri faham fahamlah. Bila suami kata tutuplah aurat contohnya, tapi dijawab tak bersedialah apa lah. Maka tugas suami dah selesai tapi si isteri akan menanggung segala dosa. Dosa ingkar arahan suami, dosa membuka aurat, dosa menghias diri tanpa suami, dosa dengan Allah. Simple tapi besar kesannya kan?

Jadi itulah sedikit sebanyak hak suami yang isteri perlu tahu, semua point diatas adalah yang simple dan biasa dalam kehidupan seharian. Tapi akibatnya amat besar. Jika sempat, mohon maaflah segera pada suami takut tak sempat nanti susah pulak. Takkan nak tunggu raya je minta maaf. Mintak maaf dengan ikhlas dan rasakan diri itu bersalah bukan dengan selumber atau gelak gelak tawa. Tak kelakar pun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)