Mandi Safar

Inilah yang saya maksudkan, jika benar Muhaizad seorang ulamak atau pendakwah kepada jalan kebenaran, 

Pasti dia akan tahu kenapa mandi Safar dihukum haram oleh agama, 

———-

Hairan betul saya, kenapa dia masih lagi berdalih kononnya ada ulamak yang berpegang bahawa mandi Safar tidak haram. 

Kalau benarlah tidak haram, saya mohon dinyatakan ulamak mana yang mengatakan begitu. 

Tak habis-habis menuduh ulamak, masalahnya ulamak mana yang berpegang sepertimana pegangan penglipurlara ? 

Jangan sekadar mendakwa ‘ ada ulamak ni kata ‘, ‘ Ini ijtihad ulamak’  . Bawakan sekali nama ulamak yang berpandangan begitu, 

——

Satu perkara lagi yang perlu dijelaskan, sepertimana yang didakwa oleh Muhaizad berkenaan ijtihad ulamak, 

Baiklah, bagaimana boleh ada ijtihad ulamak jika sudah ada nas yang jelas berkenaan bulan Safar ? 

Bagaimana boleh ada ijtihad ulamak jika nabi SAW sendiri telah lama mewartakan tidak ada sial dan majal pada bulan Safar ? 

Ulamak mana yang berani melawan sabda nabi SAW ? Ulamak yang sebenar tidak akan sekali-kali menyanggahi apa yang telah dilarang oleh Baginda SAW. 

Wallahi, saya tidak pernah bertemu penglipurlara sejahil Muhaizad. Mengajak masyarakat kembali kepada amalan Jahiliyyah yang telah lama dibanteras oleh Baginda SAW. 

———

Bukankah kita semua maklum bahawa nabi SAW pernah bersabda berkenaan bulan Safar ? 

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

 
لا عَدْوَى وَلاَ طِيرَةَ ولا صَفَرَ وَلاَ هَامَّةَ

Maksudnya : 

" Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.”

Riwayat al-Bukhari (5770)

Di dalam lafaz yang lain menyebut : Daripada Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

 
لا عَدْوَى وَلاَ صَفَرَ وَلَا غُوْلَ

Maksudnya:”Tidak ada penyebaran penyakit(secara tabi’i),tidak ada kesialan dalam bulan safar bahkan tidak ada Ghul(Syaitan yang boleh menyerupai dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan manusia).”

Riwayat Muslim (2222)

Dua hadith diatas jelas menunjukkan tidak ada sial dan majal pada bulan Safar, tidak ada penyakit atau ‘ benda-benda yang tak come ‘ yang akan berlaku pada bulan Safar. 

Persoalannya, bagaimana pula Wahabi yang dituduh mengharamkan mandi Safar, sedangkan Baginda nabi SAW sendiri menafikan kesialan bulan tersebut. 

Nabi SAW juga Wahabi ? 

———

Allahuakbar! 

Pesanan Baginda nabi SAW selalu dikemudiankan, sunnah-sunnah Baginda SAW pula dituduh sebagai terlalu berat untuk umat, seolah-olah tidak berharga sunnah insan bernama Muhammad SAW. 

Hakikatnya musibah yang sebenar kepada umat bukanlah bulan Safar, tetapi penglipurlara yang konsisten mengajarkan kesesatan dan menyanggahi ajaran nabi Muhammad SAW. 

———

Wallahua’lam. 

Saya cuma menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh Baginda nabi SAW, jika masih ada yang mahu mempertahankan si penglipurlara ini, silakan. 

Saya, kalian dan Muhaizad pasti akan dihadapkan bertemu Allah SWT. Disana nanti, kita akan ditanya kembali mengapa berbeza dengan nabi SAW dalam hal ini. 

نسأل الله العفو والعافية 

“ Kepada Allah SWT, kami memohon keampunan dan kesejahteraan “

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)