Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Doa Saad bin Abi Waqqas

Umar Al-Khattab panggil Saad bin Abi Waqqas dan gantung tugasnya. Penyiasat dihantar ke Irak dan dia pergi ke setiap masjid untuk tanyakan bagaimana keadaan Saad bin Abi Waqqas ini. Semuanya cakap elok belaka. Kecuali ada satu masjid yang dinamakan sebagai Masjid bagi Bani Abbas.  Dalam masjid itu seorang lelaki bangun dan menyatakan sikapnya kepada Saad bin Abi Waqqas. Dikatakan namanya Abu Sa'dah. Katanya: أما إذ نشدتنا فإن سعدا كان لا يسير بالسرية، ولا يقسم بالسوية، ولا يعدل في القضية " Adapun, bila kami ditanya mengenai masalah itu, maka kami katakan sesungguhnya Saad itu jenis yang tidak ikut serta dalam peperangan, tidak samarata dalam pembahagian dan tidak adil dalam penghakiman". Saad bin  Abi Waqqas ketika mengetahui tuduhan tersebut, beliau berdoa dengan katanya:   أما والله، لأدعون بثلاث: اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا، قام رياءا وسمعة، فأطل عمره، وأطل فقره، وعرضه للفتن Adapun demi Allah! Aku akan berdoa dengan tiga perkara: Ya Allah, jika hambamu itu berbohong da...

Doa sahabat ketika difitnah.

Tiga perkara yang perlu kita bimbang berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang yang kita aniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT. Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas pernah berdoa kepada Allah SWT supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.”  (Hadis Riwayat Bukhari) Allah SWT memperkenankan doa Saad bin Abi Waqqas itu. Perawi hadis berkenaan mengatakan, selepas berpuluh tahun, beliau sampai di Kufah. Di sana beliau mendapati di tepi jalan ada seorang lelaki yang cukup tua. Dikatakan mengenai diri lelaki itu kelopak matanya jatuh manakala bulu mata dan kening semuanya sudah gugur. Dia hidup dalam keadaan sangat terhina duduk ...

MENGADU DOMBA.

Imej
PENGADU DOMBA. Rasulullah S.A.W bersabda yang kira² bermaksud, "Tidak akan masuk surga pelaku namimah(mengadu domba)."  (HR. Muslim) "Seburuk-buruk hamba Allah adalah orang yang suka melakukan namimah(mengadu domba). Ia memisahkan orang-orang yang saling mencintai, pengkhianat terhadap orang-orang yang baik." (HR. Ahmad) CIRI-CIRI NAMIMAH (MENGADU DOMBA). 1. هَمَّازٍ مَّشَّاۤءٍۢ بِنَمِيْمٍۙ "suka mencela, yang kian ke mari menyebarkan fitnah," (QS. Al-Qalam:11) - Bagi orang yang suka namimah, semua orang dalam pandangannya salah dan memiliki kekurangan. Sehingga selalu berkeinginan untuk mencela dan menyebarkan berita bohong untuk menjatuhkan saudaranya di hadapan orang lain. 2. عُتُلٍّۢ بَعْدَ ذٰلِكَ زَنِيْمٍۙ "yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal kejahatannya," (QS. Al-Qalam:13). - Orang yang namimah dapat terlihat dari cara bicaranya. Ia berbicara dengan kata-kata kasar, kotor, tidak sopan. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi m...

Suka mencela

GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI Buat para penceramah, sesungguhnya, Nabi s.a.w. telah bersabda: لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ "Orang yang benar-benar beriman itu bukanlah seorang yang suka mencerca, melaknat, mencela dan bercakap kotor." [Jami' at-Tirmizi (1900) : Hasan Gharib] Maka, janganlah jadikan kata-kata kesat sebagai wirid harian ketika menyampaikan Islam supaya tidak menjadi fitnah kepada agama. Dan beringatlah dengan sabda Nabi s.a.w.: مَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ له مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِلَ بهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِن أُجُورِهِمْ شيءٌ،  "Barangsiapa yang memulakan sebarang contoh teladan yang baik, lalu ia ditiru oleh orang lain selepasnya, dia pasti mendapat pahala yang sama seperti mereka (yang mencontohi kebaikannya) tanpa dikurangkan sedikit pun dari pahala-pahala mereka. وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ...

Ada waktu urusan dunia, ada waktu urusan akhirat

Baginda SAW bersabda: يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan. Sahih Muslim (2750) Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 17/66) Terdapat juga athar daripada Ibn Shihab yang berkat...