Suka mencela

GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI

Buat para penceramah, sesungguhnya, Nabi s.a.w. telah bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

"Orang yang benar-benar beriman itu bukanlah seorang yang suka mencerca, melaknat, mencela dan bercakap kotor."

[Jami' at-Tirmizi (1900) : Hasan Gharib]

Maka, janganlah jadikan kata-kata kesat sebagai wirid harian ketika menyampaikan Islam supaya tidak menjadi fitnah kepada agama.

Dan beringatlah dengan sabda Nabi s.a.w.:

مَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ له مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِلَ بهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِن أُجُورِهِمْ شيءٌ، 

"Barangsiapa yang memulakan sebarang contoh teladan yang baik, lalu ia ditiru oleh orang lain selepasnya, dia pasti mendapat pahala yang sama seperti mereka (yang mencontohi kebaikannya) tanpa dikurangkan sedikit pun dari pahala-pahala mereka.

وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عليه مِثْلُ وِزْرِ مَن عَمِلَ بهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِن أَوْزَارِهِمْ شيءٌ.

Sebaliknya, barangsiapa yang memulakan contoh teladan yang buruk, lalu ia ditiru oleh orang lain selepasnya, dia pasti mendapat dosa yang sama seperti mereka (yang mencontohi keburukannya) tanpa dikurangkan sedikit pun dari dosa-dosa mereka.

[Sahih Muslim (1017)]

Buat para pengikut dan pembela para penceramah yang bermulut celupar, taatlah kepada perintah Allah:

وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافࣲ مَّهِینٍ

"Dan janganlah engkau ikut setiap orang yang banyak menyumpah seranah lagi hina (perkataannya)."

هَمَّازࣲ مَّشَّاۤءِۭ بِنَمِیمࣲ

"Yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah dan khabar angin."

مَّنَّاعࣲ لِّلۡخَیۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِیمٍ

"Yang suka menghalang jalan-jalan kebaikan lagi sombong angkuh dengan melampaui batas apa yang Allah halalkan dan banyak melakukan dosa."

[Surah Al-Qalam (68) : 10 - 12]

Dan buat orang-orang yang mahu bertaubat dari berkata-kata kesat, semoga firman Allah di bawah menjadi motivasi buat kita:

إِنَّ ٱللَّهَ یُدۡخِلُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ یُحَلَّوۡنَ فِیهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبࣲ وَلُؤۡلُؤࣰاۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِیهَا حَرِیرࣱ

"Sesungguhnya, Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawanya anak-anak sungai. Di dalamnya, mereka dihiaskan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di dalamnya diperbuat daripada sutera."

وَهُدُوۤا۟ إِلَى ٱلطَّیِّبِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ وَهُدُوۤا۟ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طِ ٱلۡحَمِیدِ

"(Di dunia dahulu) mereka telah diberikan petunjuk untuk mengucapkan kata-kata yang baik dan mereka telah diberikan petunjuk ke jalan Tuhan Yang Maha Terpuji."

[Surah Al-Hajj (22) : 23-24]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)