Ada waktu urusan dunia, ada waktu urusan akhirat
Baginda SAW bersabda:
يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ
Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan.
Sahih Muslim (2750)
Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 17/66)
Terdapat juga athar daripada Ibn Shihab yang berkata:
رَوِّحُوا الْقُلُوبَ سَاعَةً وَسَاعَةً
Maksudnya: Rehatkan hati-hati kalian, ada masa untuk urusan dunia, ada masa untuk urusan akhirat. (Lihat Ibn ‘Abdil Barr, Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi, 1/434 dan Al-Maqasid al-Hasanah fima Isytahara ‘ala al-Alsinah, hal. 372).
Ulasan
Catat Ulasan