Doa Saad bin Abi Waqqas
Umar Al-Khattab panggil Saad bin Abi Waqqas dan gantung tugasnya. Penyiasat dihantar ke Irak dan dia pergi ke setiap masjid untuk tanyakan bagaimana keadaan Saad bin Abi Waqqas ini. Semuanya cakap elok belaka. Kecuali ada satu masjid yang dinamakan sebagai Masjid bagi Bani Abbas. Dalam masjid itu seorang lelaki bangun dan menyatakan sikapnya kepada Saad bin Abi Waqqas. Dikatakan namanya Abu Sa'dah.
Katanya:
أما إذ نشدتنا فإن سعدا كان لا يسير بالسرية، ولا يقسم بالسوية، ولا يعدل في القضية
" Adapun, bila kami ditanya mengenai masalah itu, maka kami katakan sesungguhnya Saad itu jenis yang tidak ikut serta dalam peperangan, tidak samarata dalam pembahagian dan tidak adil dalam penghakiman".
Saad bin Abi Waqqas ketika mengetahui tuduhan tersebut, beliau berdoa dengan katanya:
أما والله، لأدعون بثلاث: اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا، قام رياءا وسمعة، فأطل عمره، وأطل فقره، وعرضه للفتن
Adapun demi Allah! Aku akan berdoa dengan tiga perkara:
Ya Allah, jika hambamu itu berbohong dan menimbulkan tuduhan itu hanya kerana riyak dan sum'ah maka Panjangkan umurnya, Panjangkan kefakirannya dan Timpakan atasnya fitnah.
Ya Allah, jika hambamu itu berbohong dan menimbulkan tuduhan itu hanya kerana riyak dan sum'ah maka Panjangkan umurnya, Panjangkan kefakirannya dan Timpakan atasnya fitnah.
Hadis mengenai cerita ini ada dalam Sahih Bukhari dan Muslim (Muttafaq alaih) dan perawinya (Abdul Malik bin Umair yang meriwayatkan daripada Jabir bin Samrah) berkata bahawa dia menyaksikan sesudah itu lelaki itu hidup panjang umurnya sehingga dua keningnya jatuh sampai menutup pandangan matanya dan dia menjadi geladangan jalanan yang diejek oleh orang lalu lalang.
Demikianlah akibat daripada doa Saad bin Abi Waqqas. Disebutkan dalam hadis ini bahawa kalimah yang selalu dikeluhkan lelaki tersebut ialah:
شيخ كبير مفتون، أصابتني دعوة سعد
" Aku orang yang sangat tua, menimpa atasku doa Saad".
Ulasan
Catat Ulasan