Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Perhatikan niatmu ketika menikah

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah berkata; "Siapa yg niat menikah untuk mencari kemuliaan, dia akan diuji dengan kehinaan, Siapa yg niat menikah untuk mencari harta, Dia akan diuji dengan kemiskinan, Siapa yg niat menikah kerana agama, dia akan mendapat kemuliaan, harta dan terjaga agamanya" (Al-Hilyah 7/289)

Waktu anak diperintahkan beribadah.

Imej
Waktu anak diperintahkan beribadah. . Ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa apabila anak berumur 7 tahun, hendaklah dia disuruh berpuasa, dan apabila 10 tahun masih enggan berpuasa, bolehlah dipukul dengan pukulan untuk mendidik. Ini kerana ia diqiaskan dengan solat. . Imam al-Syirazi berkata: وأما الصبى فلا يجب عليه لقوله صلي الله عليه وسلم " رفع القلم عن ثلاثة عن الصبى حتى يبلغ وعن النائم حتى يستيقظ وعن المجنون حتى يفيق " ويؤمر بفعله لسبع سنين إذا اطاق الصوم ويضرب علي تركه لعشر قياسا على الصلاة Kanak-kanak tidaklah wajib ke atas mereka untuk berpuasa. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w: Diangkatnya pena daripada 3 golongan, iaitu kanak-kanak sehingga baligh, orang yang tidur sehingga jaga, dan orang gila sehingga dia waras. Kanak-kanak itu hendaklah disuruh berpuasa apabila berusia 7 tahun, dan dipukul apabila berusia 10 tahun kerana diqiaskan kepada solat. . Imam al-Nawawi berkata: . وإذا اطاق الصوم وجب علي الولي أن يأمره به لسبع سنين بشرط أن يكون مميزا ويضربه ...

Malam Nifsu Syaba'an

Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban . Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: . لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللَّهُ لِعِبَادِهِ، إلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah mengampuni hamba-hambaNya kecuali golongan yang mensyirikkan Allah dan bermusuhan.  [Musnad al-Bazzar]. . Hadis ini ada kecacatan yang ringan. Akan tetapi hadis dengan maksud yang sama diriwayatkan daripada ramai sahabat Nabi  dengan setiap sanad ada kecacatan, akan tetapi ia saling menguatkan antara satu sama lain. . Ini merupakan satu-satunya hadis yang kuat dalam kelebihan Nisfu Sya'ban. .  Tiada amalan khas untuk malam Nisfu Sya'ban. Oleh itu, banyakkanlah amal soleh, dan paling penting, jauhi syirik kepada Allah, dan permusuhan. . Adapun riwayat daripada Ali r.a ini bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: . إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَقُومُوا لَيْلَهَا، وَصُومُوا نَهَارَهَا ، فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الد...

Kalaulah..

JANGAN SEBUT PERKATAAN KALAULAH HUKUM MENYEBUT PERKATAAN "KALAULAH"   Hukum asal menggunakan perkataan "kalaulah" dan seumpamanya adalah harus. Namun demikian, jika penggunaannya merujuk kepada kekecewaan kerana tidak dapat menerima taqdir Allah SWT, maka ia adalah ungkapan yang dilarang sama sekali. Sebagaimana firman Allah SWT: أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقَالُواْ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ إِذَا ضَرَبُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَوۡ كَانُواْ غُزّى لَّوۡ كَانُواْ عِندَنَا مَا مَاتُواْ وَمَا قُتِلُواْ لِيَجۡعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسۡرَة فِي قُلُوبِهِمۡۗ Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan ...