Doa org berpuasa

Rebutlah Peluang Berdoa Untuk Kebaikan Dunia & Akhirat!

QALBUN SALIIM
(HATI YANG SELAMAT) 
Pada hari kiamat, hanya orang yang datang dengan hati yang selamat sahaja, yang akan selamat.
Allah ta'ala berfirman:
{ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ }
Kecuali  orang-orang yang datang mengadap Allah ta'ala dengan HATI YANG SELAMAT  [Ash-Syu'ara’: 89]
Hati yang selamat, bukanlah sekadar bersih daripada SIFAT-SIFAT MAZMUMAH yang khusus saja. Ianya adalah hati yang suci dan sejahtera daripada perkara yang lebih luas daripada itu.
Para sahabat dan tabiin menjelaskannya dalam menafsirkan ayat di atas. 
Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma berkata,
حَيِي يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(Hati yang selamat adalah hati) yang MALU, yang BERSAKSI bahawa tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH. 
Mujahid dan Hasan Al-Bashri rahimahumallah berkata:
يَعْنِي: مِنَ الشِّرْكِ
(Hati yang SELAMAT), iaitu daripada SYIRIK. 
Abu Usman Naisaburi rahimahullah berkata:
هُوَ الْقَلْبُ الْخَالِي مِنَ الْبِدْعَةِ، الْمُطْمَئِنُّ إِلَى السُّنَةِ
Ia adalah hati yang KOSONG daripada BID'AH dan TENANG kepada SUNNAH. [Tafsir Ibnu Kasir]
Semoga Allah memberikan taufiq kepada untuk membersihkan dan menyucikan hati daripada semua perkara yang dimurkai Allah ta'ala. 
Semoga Allah ta'ala mengurniakan kekuatan untuk memperelokkan dan menghiasi hati dengan perkara yang diredai Allah ta'ala.

#ARAR, 2 Ramadhan 1443H / 4-4-2022.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)