Thomaninah
THUMA'NINAH adalah RUKUN WAJIB dalam SOLAT! JIKA DI TINGGALKAN AKAN MENYEBABKAN SOLAT TIDAK SAH ATAU BATAL!
Dalam kitab Al-Tahdzib fi Adillati Matnil Ghayah wat Taqrib, Mustthafa Daib Al-Bigha Al-Maidani Al-Dimasyqi Al-Syafi'I menjelaskan bahawa kewajiban melakukan tuma'ninah dalam solat bersumber dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رجلاً دخل المسجد ورسول الله جالس فيه فرد عليه السلام، ثم قال له: ارجع فصل فإنك لم تصل. فرجع فصلى كما صلى، ثم جاء فسلم علي النبي فرد عليه السلام ثم قال: ارجع فصل فإنك لم تصل، فرجع فصلى كما صلى، ثم جاء فسلم على النبي فرد عليه السلام، وقال: ارجع فصل فإنك لم تصل ثلاث مرات، فقال في الثالثة: والذي بعثك بالحق يا رسول الله ما أحسن غيره فعلمني. فقال : إذا قمت إلى الصلاة فكبر، ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن، ثم اركع حتى تطمئن راكعاً، ثم ارفع حتى تعتدل قائماً، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً، ثم اجلس حتى تطمئن جالساً، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً، وافعل ذلك في صلاتك كلها . متفق عليه
Dari sahabat Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk Masjid, lalu ada seorang lelaki masuk kemudian ia solat. Kemudian orang itu datang dan memberi salam kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menjawab salamnya dan bersabda, "Kembali dan ulangilah solatmu, kerana kamu belum solat (kerana solat tidak sah).
Lalu orang itu kembali dan mengulangi solat seperti semula. Kemudian ia datang menghadap kepada Nabi SAW sambil memberi salam kepada beliau. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Wa'alaikas Salaam" Kemudian beliau bersabda, "Kembali dan ulangilah solatmu kerana kamu belum solat!"
Sehingga ia mengulangi solatnya sampai tiga kali. Maka lelaki itu berkata, "Demi zat yang mengutus anda dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari solat seperti ini, maka ajarilah aku".
Beliau pun bersabda, "Jika kamu berdiri untuk solat maka bertakbirlah, lalu bacalah ayat yang mudah dari Al-Quran.Kemudian rukuklah hingga benar-benar thuma'ninah (berhenti sekejap) dalam rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk hingga kamu berdiri tegak lurus, kemudian sujudlah sampai engkau thuma'ninah dalam sujud, lalu angkat kepalamu untuk duduk hingga thuma'ninah dalam keadaan dudukmu. Kemudian lakukanlah semua itu di setiap raka'at mu".(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Syaikh Salim bin Samir Al-Hadrami menyebutkan pengertian thuma'ninah dalam kitabnya Safinatun najah dengan maksud berikut:
الطمأنينة هي : سكون بعد حركة بحيث يستقر كل عضو محله بقدر سبحان الله
Thuma'ninah adalah diam sesudah gerakan sebelumnya, sekiranya semua anggota badan tetap tidak bergerak dengan kadar waktu lamanya membaca bacaan tasbih (subhanallah).
Berdasarkan hadis di atas, para ahli fiqah mencatat setidaknya ada empat rukun wajib thuma'ninah di dalamnya, iaitu (1) thuma'ninah ketika rukuk, (2) ketika iktidal, (3) ketika sujud, (4) ketika duduk antara dua sujud. Jadi sebelum berpindah ke pergerakan seterusnya, hendaknya orang yang solat melakukan thuma'ninah atau diam sejenak selama bacaan subhanallah.
Ulasan
Catat Ulasan