Umar membunuh anak perempuannya?

BENARKAH UMAR RA MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP? SEBUAH KISAH YANG TIDAK RELEVEN MELALUI NERACA DIRAYAH.

"Umar Al-Khattab memejam mata.Anaknya ditendang kedalam lubang yang beliau gali.Anaknya menangis.Umar tidak menghiraukannya.Umar menutup mata dan berfikir: "Oh anakku yang cantik dan pintar.Mengapa kami dilahirkan sebagai perempuan?Dia menangis,tangannya menggeletar, tubuhnya menggigil."Umar...jangan jadi pengecut". Suara itu berulang kali didengarinya.Sambil menahan kesedihan,Umar menimbus pasir ke dalam lubang yang anaknya berada sehinggalah anak itu menghembuskan nafas terakhir.

•Kisah ini tidak terdapat dalam sumber/kitab-kitab hadith atau sejarah yang mu'tabar.

•Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku disesetengah qabilah Bani Tamim dan Asad bimbangkan kepapaan/kemiskinan menimpa mereka disebabkan anak tersebut,sedangkan tiada satu riwayatpun yang menyatakan bahawa tradisi menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku dalam kalangan qabilah Quraisy.Tiada juga riwayat tentang Umar ra yang menanam anak perempuannya.

•Adat jahiliah menanam anak perempuan hidup-hidup ini cuba dihapuskan oleh Zaid bin Amar Bin Nufail.Beliau membeli anak-anak perempuan dari ibu bapa mereka dan menjaga anak-anak tersebut sehingga dewasa.Zaid bin Amar adalah sepupu kepada Saidina Umar Ra.Maka sangat mustahil Saidina Umar Ra melakukan perbuatan jahiliah membunuh anak perempuannya sendiri, sedangkan terdapat dalam keluarganya orang yang terkenal dengan usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan dari dibunuh.

•Dicatatkan dalam kitab hadith dan sirah tentang kata-kata Hindun Ra ketika Rasulullah Saw membaiat wanita-wanita mukminat.Di antara Sabdaan Rasulullah Saw ketika baiat itu ialah "kamu(berjanji) tidak akan membunuh anak perempuan kamu",lantas Hindun Ra menjawab "Kamilah yang memelihara mereka semasa kecil". kenyataan Hindun Ra ini membuktikann bahwa tradisi membunuh anak perempuan bukan dari qabilah Quraisy.

•Dalam Sahih Muslim jilid 16/ms 81 ada menyebutkan bahwa Nabi Saw bersabda : "Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy.Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecil dan menjaga kedudukkan serta harta suami".

•Dalam tradisi Arab,seseorang akan dikuniahkan (digelar/dipanggil) dengan nama anaknya yang sulung.Kuniah Saidina Umar Ra ialah "Abu Hafs",merujuk kepada nama Hafsah yang merupakan anak sulung Umar Ra.Kalaulah Saidina Umar Ra benci kepada anak perempuan, mengapakah beliau sanggup memakai gelaran "Abu Hafs".

•Imam Ibnul Jauzi pernah menyenaraikan nama-nama isteri Saidina Umar,anak-anak dan hamba sahayanya.Ketika memeluk Islam anak perempuan Saidina Umar Ra hanya ada tiga orang.Maka anak yang mana satu yang beliau tanam semasa jahiliah?

P/S :
Wahai para penceramah,para pembayan,para penyampai motivasi...berhati-hatilah ketika menukilkan sebuah cerita atau mendakwa sesuatu perkara...
من كان ناقلا فعليه الصحاح و من كان مدعي فعليه البينة...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)