Muezza kucing Nabi SAW?

•Selalu kita mendengar ungkapan "Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi saw".Bahkan kerap kali pencinta kucing menamakan kucing mereka sebagai Muezza dengan anggapan gelaran tersebut diambil dari nama kucing Nabi saw.Juga tidak asing bagi kita cerita tentang Nabi Saw mengerat baju/serban/kain baginda kerana tidak mahu mengejutkan seekor  kucing yang sedang tidur. Sebetulnya, Nabi Saw tidak pernah memelihara kucing secara khusus.

•Walaupun ada disebutkan dalam beberapa hadith tentang kucing sehingga para ulama telah mengistinbatkan hukum hakam yang berkaitan dengannya,namun hadith-hadith ini tidak menjadi dalil bahawa Nabi Saw ada memelihara kucing secara khusus.

•Ibnu Qaiyyim dalam kitabnya Zaadul Ma'ad telah menyenaraikan jenis-jenis haiwan peliharaan Nabi saw.Antaranya ialah unta yang bernama Qaswa dan Adba.Kuda yang digelar As-Sakb,Al-Murtajiz, Al-Luhaif.Keldai yang bernama Al-Ghufair.Bahgal hadiah Raja Muqauqis yang bernama Duldul.
Kambing yang dinamakan Ajwah,Zamzam dan Barakah.Namun,tiada satupun nama  kucing yang tersenarai dalam haiwan peliharaan Nabi saw.Ini merupakan bukti besar dan kukuh bahawa Nabi saw tidak memelihara kucing.Jika ada sudah pasti ia dicatatkan dan dinukilkan oleh para ulama zaman berzaman di dalam kitab mereka.

•Adapun riwayat yang menyebutkan nama kucing nabi ialah Muezza dan hadith Nabi Saw mengerat baju/kain/serban kerana tidak mahu mengejutkan kucing yang sedang tidur merupakan hadith yang tidak sahih dan tidak ada asalnya dalam sumber kitab-kitab hadith yang Mu'tabar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)