Penyakit takut mati
PENYAKIT TAKUT MATI
Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Jawapan:
حدثنا عبد الرحمن بن إبراهيم الدمشقي ثنا بشر بن بكر ثنا ابن جابر حدثني أبو عبد السلام عن ثوبان قال
: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم
Daripada Tsauban radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا " .
Hampir sahaja umat manusia mengerumuni kalian sebagaimana mereka mengerumuni makanan yang ada dalam piringnya.
فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ
Seorang sahabat bertanya: Adakah itu disebabkan jumlah kita sedikit ketika itu?
قَالَ " بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ " .
Baginda menjawab: Bahkan kalian pada waktu tersebut sangat ramai. Akan tetapi kalian seperti buih-buih pada air yang mengalir. Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh-musuh kalian dan Allah mencampakkan ke dalam hati kalian al-Wahn.
فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ
Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah itu al-Wahn?
قَالَ " حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Baginda menjawab: Cinta kepada dunia dan takut kepada kematian.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Malahim, hadis no: 4297]
Hadis ini mempunyai perawi majhul bernama Abu 'Abdussalam, akan tetapi hadis ini turut diriwayatkan daripada jalan-jalan yang lain yang banyak. Dengan kesemua jalan periwayatan ini, maka Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani memutuskan bahawa riwayat ini adalah sahih.
Lihat al-Silsilah al-Sahihah, no: 958
~~~~~~~~
قال الألباني في "السلسلة الصحيحة" 2 / 684 :
أخرجه أبو داود ( 4297 ) و الروياني في " مسنده " ( 25 / 134 / 2 ) و ابن عساكر
في " تاريخ دمشق " ( 8 / 97 / 2 ) من طرق عن عبد الرحمن بن يزيد بن جابر حدثني
أبو عبد السلام عن ثوبان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكره .
قلت : و هذا إسناد لا بأس به في المتابعات ، فإن ابن جابر ثقة من رجال
" الصحيحين " . و شيخه أبو عبد السلام مجهول لكنه لم يتفرد به ، فقد تابعه أبو
أسماء الرحبي عن ثوبان به . أخرجه أحمد ( 5 / 278 ) و ابن أبي الدنيا في
" العقوبات " ( 62 / 1 ) و محمد بن محمد بن مخلد البزار في " حديث ابن السماك "
( 182 - 183 ) و أبو نعيم في " الحلية " ( 1 / 182 ) عن المبارك بن فضالة حدثنا
مرزوق أبو عبد الله الحمصي أنبأنا أبو أسماء الرحبي .
قلت : و هذا سند جيد ، رجاله ثقات و المبارك إنما يخشى منه التدليس أما و قد
صرح بالتحديث فلا ضير منه ، فالحديث بمجموع الطريقين صحيح عندي . و الله أعلم .
Ulasan
Catat Ulasan