MANHAJ AT-TARJIH DAN AT-TAKHRIJ (BAHAGIAN 2)




MANHAJ AT-TARJIH DAN AT-TAKHRIJ 
(BAHAGIAN 2)

•Ulama berselisih pendapat adakah At-Tarjih itu sifat kepada perbuatan mujtahid atau sifat kepada dalil yang rajih ataupum sifat kepada kedua-duanya.
Ketiga-tiga pendapat ini diwakili oleh ilmuan masing-masing.

•Perbezaan pendapat ini memberi kesan kepada perletakkan atau penyusunan bab-bab oleh ulama usul.Pihak yang mengatakan At-Tarjih ialah sifat kepada mujtahid telah meletakkan perbahasan At-Tarjih selepas perbahasan Al-Ijtihad dan Al-Fatwa sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al-Amidi dalam Al-Ihkam fi Usullil Ahkam.pihak yang berpendapat bahawa At-Tarjih merupakan sifat kepada dalil yang rajih meletakkan perbahasan At-Tarjih sebelum perbahsan Al-Ijtihad dan Al-Fatwa seperti yang telah dilakukan oleh Ar-Razi dalam Al-Mahsul Fi Usul Fiqh.

•Wahbah Zuhaili pernah menyentuh bab Al-Tarjih melalui aspek yang lain.Beliau membahagikan At-Tarjih kepada dua iaitu Tarjih Duhkhuli dan Tarjih Khariji.Tarjih Dukhuli ialah perbahasan padangan dalam kalangan anak murid dan pengikut-pengikut mazhab berkenaan pentarjihan pandangan ke atas pandangan.Tarjih Khariji pula pentarjihan yang berlaku antara pengikut dua mazhab atau lebih.

AT-TAKHRIJ

•At-Takhrij ialah ilmu yang meneruskan kesinambungan jawapan-jawapan terhadap isu-isu yang tidak terdapat dalam kitab-kitab Fiqh terdahulu.Kewujudan ilmu At-Takhrij dapat membantu para ulama menjawab setiap isu baharu yang berlaku di zaman ini kerana setiap permasalahan yang timbul pasti ada hukum Allah ke atas perkara tersebut sebagaimana kenyataan As-Syafie dalam Ar-Risalah :
ما من فعل الا و له حكم الله فيه علمه من علم وجهله من جهل
"Tiada perbuatan(kes) yang wujud melainkan terdapat hukum Allah ke atas perbuatan tersebut,ia diketahui oleh orang yang mengetahui dan tidak diketahui oleh orang yang jahil".

•Di zaman dahulu ulama menjawab setiap persoalan dengan melakukan Ijtihad,tetapi pada zaman ketandusan mujtahid ia agak sukar untuk dilaksanakan lalu para ulama berpindah kepada pendekatan Al-Takhrij.

•Al-Takhrij dari sudut istilah ialah Al-Istinbat. Al-Istinbat ialah :
-Mentakhrij furu' dari usul atau dalil iaitu mengeluarkan hukum syara' yang bersifat amali daripada dalil yang khusus dengan menggunakan kaedah usul.
-Mentakhrij Furu' daripada Furu' iaitu mengeluarkan hukum untuk sesuatu masalah berdasarkan masalah yang sudah terdapat di dalam nas.
-Takhrij Furu' ke atas nas imam mazhab.
Pembahagian ketiga ini adalah untuk membezakan antara mentakhrijan furu' ke atas furu' dan pentakhrijan furu' ke atas  nas imam mazhab.

•Sumber-sumber ilmu At-Takhrij:
-Ilmu Usul Fiqh
-Dalil-dalil yang disepakati(Al-Quran/As-sunnah/Al-Ijma'/Al-Qias) juga dalil-dalil yang tidak disepakati sperti Al-Istihsan/Al-Istislah/Uruf
-Ilmu Bahasa Arab yang berkaitan dengan dalalah lafziah
-Ilmu Mizan(Ilmu Mantik)
-Ilmu Fiqh
-Asbah wan Nazair
-Qawaid Fiqhiyyah
-Ilmu berkaitan ikhtilaf yang berlaku untuk mengetahui punca berlaku khilaf.

Kesemua di atas adalah sumber rujuk ilmu At-Takhrij bagi memudahkan untuk mendalami dan menguasai ilmu takhrij.

•Penulis juga menyentuh tentang takhrij ke atas lazimil mazhab atau muqtadha mazhab.Lazimil mazhab bukanlah pendapat fiqh yang dikeluarkan langsung dari imam mazhab tetapi ia adalh pendapat  fiqh yang dikeluarkan oleh seorang alim mazhab berdasarkan tuntutan kata imam mazhab. Jadi,lazimil mazhab ini bukanlah kata-kata hakiki daripada imam mazhab,sebaliknya ia adalah tuntutan daripada perkataan imam mazhab sahaja.

•Ada dua pendapat dalam pentakhrijan ke atas lazimil mazhab.
-Tidak boleh melakukan pentakhrijan ke atas lazimil mazhab kerana ia tidak jelas penisbahan pendapat kepada imam mazhab kerana kemungkinan imam mazhab tidak berpendapat sedemikian.
-Ada pandangan mengatakan boleh melakukan pentakhrijan ke atas lazimil mazhab kerana hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid bersifat selari dan tidak membawa percanggahan,maka penisbahan pendapat ini kepada imam mazhab adalah harus.

Dalam isu ini,penulis memilih pendapat yang ke dua dengan syarat lazimil mazhab itu bersifat tetap dan tidak mempunyai sebarang andaian yang boleh menyebabkan imam mujtahid berubah pandangan (jika beliau berhadapan dengan kes tersebut), namun sebagai langkah ihtiat(berhati-hati) hukum yang ditakhrij itu tidak disandar kepada imam mazhab.

•Takhrij yang dibincangkan di sini ialah takhrij usul bukan takhrij hadith.Takhrij hadith ialah proses penyandaran sesebuah hadith kepada kitab-kitab hadith.Maka istilah Takhrij dari sudut hadith hanya berkaitan kepada kepastian penisbahan sandaran hadith kepada sumber asalnya sedangkan takhrij yang dibincangkan disini ialah berkaitan dengan kaedah-kaedah yang digunapakai untuk mengeluarkan hukum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)