Hati-hati menukilkan nama Saidina Ali
Kalau menukil kalam sayyidina Ali bin Abi Talib, biarlah dengan lebih teliti dan hati-hati. Bukan main asal ada dalam kitab.
Nama sayyidina Ali banyak dijual murah oleh ahli bida'ah dan pengikut ajaran sesat. Terlalu banyak pemalsuan & pendustaan atas nama beliau.
Pemalsuan & pendustaan ini berlaku sejak kurun pertama hijrah lagi, namun para Salaf Saleh di zaman Sahabat lagi telah berjaya mengenalpastinya.
Contohnya Ibn Abi Mulaikah menceritakan kisah Ibn Abbas yang merujuk sebuah koleksi fatwa didakwa milik sayyidina Ali, namun setelah menelitinya Ibn Abbas berkata,
"Ali tidak akan berfatwa sedemikian melainkan dia telah sesat."
Tawus juga merekodkan bagaimana Ibn Abbas diperlihatkan sebuah koleksi fatwa kononnya oleh Ali bin Abi Talib, lalu fatwa-fatwa itu dipadam oleh Ibn Abbas hingga tinggal sedikit.
Abu Ishaq as-Sabi'i juga meriwayatkan bahawa murid-murid sayyidina Ali mencela para dajjal kazzabin yang berdusta atas nama beliau dengan berkata,
"Moga Allah musnahkan mereka, betapa teruknya pemalsuan mereka terhadap ilmu!"
Al-Mughirah bin Miqsam mengatakan tidak ada hadith Ali yang sahih melainkan jika diriwayatkan oleh murid-murid Ibn Mas'ud. Ini mungkin merujuk kepada hadith Ali semasa beliau berada di Kufah. Ia hanya diterima jika ia diriwayatkan oleh para thiqaat seperti ashab Ibn Mas'ud yang juga berpusat di Kufah.
Rujuk Muqaddimah Sahih Muslim.
Demikian sidq, amanah dan itqan aimmah dalam memelihara ketulenan kata-kata Ali bin Abi Talib. Bukan main petik ikut suka & selera sudara-sudara sekalian ya.
Apa nak dihairankan dengan Nahjul Balaghah itu. Ia dikarang tanpa sanad oleh tokoh Syiah, tanpa sokongan dari mana-mana sumber primer lain. Telah muncul banyak koleksi-koleksi seumpamanya di zaman Sahabat dan semuanya kantoi dusta. Low class. Sampah.
Hanya penipu yang suka cerita-cerita tipu.
Ulasan
Catat Ulasan