Mazhab 4
Sempena memasuki tahun baru ni, jom kita telusuri sedikit latar perkembagan para imam kita dahulu mengikut zaman serta perkembangan jatuh bangun sesebuah mazhab dan bagaimana kita mewariskan seperti zaman kita hari ini.. saya nukilkan kalam imam zahabi didalam siyr a'lam nubala', dalam jil ke-8, pada bab imam malik, azzahabi menceritakan :
فالمقلَدون صحابة رسول الله بشرط ثبوت الإسناد إليهم ثم أئمة التابعين كعلقمة ومسروق وعبيدة السلماني وسعيد بن المسيب وأبي الشعثاء وسعيد بن جبير وعبيد الله بن عبد الله وعروة والقاسم والشعبي والحسن وابن سيرين وإبراهيم النخعي
Keutamaan untuk kita ikuti ialah para sahabat nabi SAW Dengan syarat jalur periwatan kepada mereka adalah benar. Kemudian, Para imam tabi'in seperti alQamah, masruq, Abidah al salamani, said bin musayyib, abu sya'sya', sa'id bin jubayr, ubaydullah bin Abdullah, urwah, alqasim, as sya'bi, al hasan, ibnu sirin dan ibrahim nakha'ie.
ثم كالزهري وأبي الزناد وأيوب السختياني وربيعه وطبقتهم
Kemudian, seperti az zuhri, abu Zinad, Ayyub assakhtiani, Rabi'ah dan semisal dengan mereka.
ثم كابي حنيفة ومالك والأوزاعي وابن جريج ومعمر وابن أبي عروبة وسفيان الثوري والحمادين وشعبة والليث وابن الماجشون وابن أبي ذئب
Kemudian, seperti abu Hanifah, Malik, al-Auza'ie, ibnu juraij, ma'mar, ibnu abu urwah, sufyan assauri, dan dua Hammad (bin salamah dan bin zayd) , syu'bah, layts, ibnu majisyun, ibn abi Zi'ib
ثم كابن المبارك ومسلم الزنجي والقاضي أبي يوسف والهقل بن زياد ووكيع والوليد بن مسلم وطبقتهم
Kemudian seumpama ibnu mubarak, muslim azzanji, qadhi abu yusuf, al hilqi bin ziyad, waki', walid bin Muslim dan seangkatan dengan tingkatan mereka.
ثم كالشافعي وأبي عبيد وأحمد وإسحاق وأبي ثور والبويطي وأبي بكر بن أبي شيبه
Kemudian, as syafi'e, abu ubaid, Ahmad, ishaq , abu tsaur, al buwaithi, abu bakar bin abu syaibah.
ثم كالمزني وأبي بكر الاثرم والبخاري وداود بن علي ومحمد ابن نصر المروزي وإبراهيم الحربي وإسماعيل القاضي
Kemudian, barulah al muzini, abu bakr al-athram, al Bukhari, daud bin Ali, muhammad bin masr al marwazi, dan ibrahim al harbi, dan Ismail al qadhi.
ثم كمحمد بن جرير الطبري وأبي بكر بن خزيمة وأبي عباس بن سريج وأبي بكر بن المنذر وأبي جعفر الطحاوي وأبي بكر الخلال
Seterusnya at tabari, ibnu khuzaimah, abu abbas bin suraij, abu bakar bin munzir, abu ja'far at tahawi, abu bakar al khallal.
ثم من بعد هذا النمط تناقص الاجتهاد ووضعت المختصرات واخلد الفقهاء إلى التقليد من غير نظر في الأعلم بل بحسب الاتفاق والتشهي والتعظيم والعادة والبلد فلو أراد الطالب اليوم أن يتمذهب في المغرب لأبي حنيفة لعسر عليه كما لو أراد أن يتمذهب لأبن حنبل ببخارى وسمرقند لصعب عليه فلا يجئ منه حنبلي ولا من المغربي حنفي ولا من الهندي مالكي وبكل حال فإلى فقه مالك المنتهى فعامة آرائه مسددة ولو لم يكن له إلا حسم مادة الحيل ومراعاة المقاصد لكفاه ومذهبه قد ملأ المغرب والأندلس وكثيرا من بلاد مصر وبعض الشام واليمن والسودان وبالبصرة وبغداد والكوفة وبعض خراسان كذلك اشتهر المذهب الأوزاعي مدة وتلاشى أصحابه وتفانوا وكذلك مذهب سفيان وغيره ممن سمينا ولم يبق اليوم إلا هذه المذاهب الاربعة وقل من ينهض بمعرفتها كما ينبغي فضلا عن أن يكون مجتهدا
Kemudian setelah masa mereka, Ijtihad mulai berkurang, beragamkarangan yang berbentuk ringkasan pun mulai muncul. para ahli fiqh mulaicondong kepada taklid, tanpa memandang lebih jauh kepada tokoh, namun sekadar cukupdengan kesepakatan, kecenderungan, dan atas dasar penghormatan kepada tradisi, dan kerananorma/kebiasaan dalam sesuatu negeri. Sehinggakan Jikalau seseorang itu ingin bermazhabAbu Hanifah di Moroko scara murni, maka pastilah ia akan mengalami kesulitan. Begitulahjuga jika dia ingin mengamalkan mazhab Hambali secara murni di Bukhara dan samarkand, ia juga turut akan mendapatkan kesulitan juga. Oleh sebab di sana mereka tidak akanmenemukan mazhab Hanbali. Dan di moroko pula depa tidak menemukan mazhab hanafi. Dan di india pula mereka tidak akan menjumpai mazhab maliki.Namun akhirnyaaa kot mana pun ia akan berpusar pusar dalam kalangan fiqh imam malik jugak. Kerana hampir kesemua pendapatnya adalah tepat. Kerana itulah mazhab beliau (ketika itu) telah mendominasi negeri moroko, andalus, kebanyakkan negeri negeri di mesir, dan sebahagiaj negeri negeri di syam, Yaman, sudan , basrah, baghdad, kufah, dan sebahagian besar Khurasan.
Madzhab Al Auza'i sebenarnya pernah sempat mengalami masa popularnya/kemuncak, namun dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Setelah itu para pengikutnya seolah olah hilang begitu sahaja. Begitu juga yang terjadi kepada mazhab imam sufyan at-tsauri dan imam imam lain yang telah disebutkan diatas.
Hanya yang masih bertahan hingga sekarang hanyalah mazhab yang empat. Dan semakin berkurang lagi orang orang yang mempunyai kepakaran dalam mazhab mazhab tersebut apatah lagi untuk menjadi seorang mujtahid.
*Demikianlah sedikit sebanyak perkembangan para imam dan jatuh bangun sesebuah mazhab menurut az zahabi.
Ulasan
Catat Ulasan