Memberi Nama Anak
MEMBERI NAMA ITU MENJADI HAK ORANG YANG MEMPUNYAI WILAYAH KE ATASNYA.
_____
Hak memberi nama kepada anak adalah milik bapa selaku walinya. Jadi, dalam kes berlaku perselisihan tentang nama anak, maka pilihan bapa adalah muktamad. Dalam mazhab kita, Syeikh ‘Alī al-Shabrāmallisī menaskan:
وينبغي أن التسمية حق من له عليه الولاية من الاب - وإن لم تجب عليه نفقته لفقره - ثم الجد.
“Dan hendaklah memberi nama itu menjadi hak orang yang mempunyai wilayah ke atasnya yakni bapa – walaupun memberi nafkah kepadanya (anak) tidak wajib ke atasnya (bapa) kerana kefakirannya – kemudian atuk.”
Imam Ibnu al-Qayyim menukilkan kesepakatan manusia dalam hal ini. Katanya, “ini (memberi nama sebagai hak bapa, bukan ibu) termasuk perkara yang tidak diperselisihkan antara manusia. Sekiranya ibu bapa berselisih tentang nama anak, maka ia hak bapa… “
Wallahualam.
Ulasan
Catat Ulasan