TIDUR SELEPAS ISYA'
BERJAGA MALAM.
Orang yang sudah mengenal sunnah/manhaj salaf, tentu akan mengamalkan sunnah untuk tidur cepat, agar mampu bangun solat malam dan solat subuh berjamaah di masjid.
Berjaga malam yang tidak ada manfaatnya, makruh(dibenci) hukumnya, bahkan boleh jatuh pada perkara haram, jika dengan berjaga malamnya itu dalam rangka berbuat maksiat.
Berkata Abu Barzah RadhiAllahu ‘anhu,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
Sesungguhnya Rasulullah SallAllahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum solat 'isya dan berbual (kosong-pent) setelah 'isya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Berkata Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah,
وَالسَّمَر بَعْدَهَا قَدْ يُؤَدِّي إِلَى النَّوْم عَنْ الصُّبْح ، أَوْ عَنْ وَقْتهَا الْمُخْتَار ، أَوْ عَنْ قِيَام اللَّيْل. وَكَانَ عُمَر بْن الْخَطَّابِ يَضْرِب النَّاس عَلَى ذَلِكَ وَيَقُول : أَسَمَرًا أَوَّلَ اللَّيْل وَنَوْمًا آخِرَهُ ؟
Berjaga malam setelah 'isya boleh menyebabkan ketiduran sehingga tidak solat subuh, atau kesiangan(lewat) ketika solat subuh, atau tidak melakukan solat malam(qiam al lail). Bahkan Umar bin Khatab memukul orang-orang yang berjaga malam(yang sia-sia-pent), sambil mengatakan, ‘Apakah mereka berjaga di awal malam dan tidur di akhir malam?. (Fathul Bari, 2/73).
Jika berjaga malam dalam rangka kebaikan seperti mengajar, mengkaji, menulis ilmu dan hal-hal yang bermanfaat lainnya, maka itu dibolehkan, termasuk melayani tamu, pengantin baharu yang lagi menjalin keakraban atau seorang suami atau seorang bapa; bersembang dengan isteri dan anaknya untuk mewujudkan kasih sayang.
Berkata An Nawawi rahimahullah,
قَالَ الْعُلَمَاء : وَالْمَكْرُوه مِنْ الْحَدِيث بَعْد الْعِشَاء هُوَ مَا كَانَ فِي الْأُمُور الَّتِي لَا مَصْلَحَة فِيهَا. أَمَّا مَا فِيهِ مَصْلَحَة وَخَيْر فَلَا كَرَاهَة فِيهِ , وَذَلِكَ كَمُدَارَسَةِ الْعِلْم , وَحِكَايَات الصَّالِحِينَ , وَمُحَادَثَة الضَّيْف ، وَالْعَرُوس لِلتَّأْنِيسِ , وَمُحَادَثَة الرَّجُل أَهْله وَأَوْلَاده لِلْمُلَاطَفَةِ وَالْحَاجَة
Para ulama mengatakan, perbualan yang makruh setelah 'isya adalah perbualan yang tidak ada maslahatnya. Adapun kegiatan yang ada maslahatnya dan ada kebaikannya, tidak makruh. Seperti belajar ilmu agama, membaca cerita orang soleh, perbualan melayani tamu, atau pengantin baharu untuk keakraban, atau suami/bapa berbual dengan isterinya/anaknya, mewujudkan kasih sayang dan hajat keluarga. (Syarh Shahih Muslim, 5/146).
Ulasan
Catat Ulasan