Menyambut maulid Nabi SAW

๐™ˆ๐™„๐™ˆ๐™‹๐™„ ๐˜ผ๐˜ฝ๐™ ๐™‡๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฝ ๐˜ฟ๐™„๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐™„๐™‡ ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™ ๐™ˆ๐˜ผ๐™’๐™‡๐™„๐˜ฟ??

1.Kisah ini diceritakan oleh Urwah dengan sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah dan Urwah adalah seorang Tabi'in. Maka hadis ini dipanggil hadis Mursal. Kalau belajar mustolah hadis, hadis Mursal ni adalah kategori hadis Dhoif, jumhur ahli hadith dan para fuqaha' menolak khabar mursal sebagai hujah dalam bab hukum hakam dan tidak boleh menisbahkan hadis mursal kepada Rasulullah.

2.Kisah ini bercanggah dengan fakta yang sahih dari Al-Quran dan Hadis mengatakan amalan baik orang kafir tidak bermanfaat sedikitpun di akhirat kelak.

Dalil Al-Qur'an:
ุฃููˆู„ูŽุฆููƒูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ุจูุขูŽูŠูŽุงุชู ุฑูŽุจูู‘ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูู‚ูŽุงุฆูู‡ู ููŽุญูŽุจูุทูŽุชู’ ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ูู‡ูู…ู’ ููŽู„ูŽุง ู†ูู‚ููŠู…ู ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ูˆูŽุฒู’ู†ู‹ุง 

"Mereka itu orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat." 
[Al-Kahfi: 105]

Dalil Hadis Sahih:
Imam Muslim (214) telah meriwayatkan dari โ€˜Aisyah berkata:
  ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุŒ ุงุจู’ู†ู ุฌูุฏู’ุนูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽุงู‡ูู„ููŠู‘ูŽุฉู ูŠูŽุตูู„ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญูู…ูŽุŒ ูˆูŽูŠูุทู’ุนูู…ู ุงู„ู’ู…ูุณู’ูƒููŠู†ูŽ ุŒ ููŽู‡ูŽู„ู’ ุฐูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุงููุนูู‡ู ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ:   ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ููŽุนูู‡ูุŒ ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู‚ูู„ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง: ุฑูŽุจู‘ู ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ุฎูŽุทููŠุฆูŽุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู   

โ€œWahai Rasulullah, Ibnu Judโ€™an pada masa jahiliyah dulu menjalin silaturrahim, dan memberi makan orang miskin, maka apakah hal itu akan bermanfaat baginya ?, beliau menjawab: โ€œTidak bermanfaat baginya, kerana ia belum pernah mengatakan: โ€œYa Rabb, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasanโ€.

Imam An Nawawi rahimahullah berkata di dalam Syarah Muslim (17/150):
โ€œPara ulama telah melakukan ijmaโ€™ bahwa orang kafir jika ia meninggal dunia dalam kekafirannya, maka tidak ada pahala baginya di akhirat, dan ia tidak mendapatkan balasan apapun dari amalnya di dunia yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taโ€™ala.

3.Mimpi tidak boleh dijadikan dalil apatah lagi menjadikan ia sebagai dalil untuk menghalalkan syariat baru dalam agama. Ini adalah ijma' ulamak. Mimpi yang boleh dijadikan dalil hanyalah mimpi para Nabi kerana mimpi para Nabi adalah wahyu.

4.Anehnya dikatakan Urwah yang meriwayatkan kisah mimpi tersebut, tetapi tidak didapati satu pun riwayat membuktikan sama ada Urwah, ahli keluarganya, atau generasi Tabi'in yang lain jadikan riwayat ini sebagai dalil menyambut Mawlid. 
Tidak ada!
Kalau ada, ketahuilah itu adalah sebuah pendustaan!

5.Tidak pelik kalau Abu Lahab bergembira dengan kelahiran Nabi kerana hal tersebut merupakan fitrah, sama macam kita nak dapat anak menakan, tak kan nak sedih pulak.
Lagipun ketika itu dia belom tahu bahawa anak saudaranya itu akan menjadi musuh utama dia setelah diangkat menjadi Rasul. 

Sekian 5 fakta tuntas bantahan ke atas sesiapa yang jadikan kisah mimpi Abu Lahab sebagai hujah. Kalau masih ketegaq lagi maka kami berlepas diri

๐˜ผ๐™™๐™ข๐™ž๐™ฃ: ๐™๐™ข๐™ข๐™ช ๐™‰๐™–๐™ž๐™š๐™ก๐™–๐™

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Waktu anak diperintahkan beribadah.

MANHAJ AL-TARJIH & AL-TAKHRIJ BAHAGIAN SATU

FATWA AJARAN BATINIYYAH (EN. WAN HIZAM BIN ABDULLAH, EN. ISMAIL ARIFFIN@LEPAT)