Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Doa pagi

Imej
*Sudahkah anda membaca doa ini pada waktu pagi dan petang* . . Anas bin Malik radiallahu 'anhu berkata: . قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِفَاطِمَةَ :  Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada Fatimah: . مَا يَمْنَعُكِ أَنْ تَسْمَعِي مَا أُوصِيكِ بِهِ ، أَنْ تَقُولِي إِذَا أَصْبَحْتِ وَإِذَا أَمْسَيْتِ :  Apa yang menghalangi engkau daripada mendengar kepada apa yang aku nasihatkan kepada engkau, iaitu hendaklah engkau membaca pada waktu pagi dan petang: . يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ. Wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah keseluruhan urusan ku. Janganlah engkau serahkan diri ini kepada diri ku sendiri walau sekelip mata.  [Riwayat An-Nasaie dalam Al-Sunan Al-Kubra, Kitab 'Amal al-Yaum wa al-Lailah, no: 10330. Shaikh al-Albani menyatakan sanadnya hasan, Al-Silsilah Al-Sahihah...

Mandi Safar

Inilah yang saya maksudkan, jika benar Muhaizad seorang ulamak atau pendakwah kepada jalan kebenaran,  Pasti dia akan tahu kenapa mandi Safar dihukum haram oleh agama,  ———- Hairan betul saya, kenapa dia masih lagi berdalih kononnya ada ulamak yang berpegang bahawa mandi Safar tidak haram.  Kalau benarlah tidak haram, saya mohon dinyatakan ulamak mana yang mengatakan begitu.  Tak habis-habis menuduh ulamak, masalahnya ulamak mana yang berpegang sepertimana pegangan penglipurlara ?  Jangan sekadar mendakwa ‘ ada ulamak ni kata ‘, ‘ Ini ijtihad ulamak’  . Bawakan sekali nama ulamak yang berpandangan begitu,  —— Satu perkara lagi yang perlu dijelaskan, sepertimana yang didakwa oleh Muhaizad berkenaan ijtihad ulamak,  Baiklah, bagaimana boleh ada ijtihad ulamak jika sudah ada nas yang jelas berkenaan bulan Safar ?  Bagaimana boleh ada ijtihad ulamak jika nabi SAW sendiri telah lama mewartakan tidak ada sial dan majal pada bulan Safar ?  Ulam...

Penyakit ain

Imej
DUA KAEDAH PENYEMBUHAN PENYAKIT AIN Hadis Ibnu Abbas radhiyallahu'anhuma di atas menjelaskan kepada kita salah satu cara untuk mengubati penyakit 'ain adalah dengan meminta kepada orang yang memandang untuk berwudhu, kemudian bekas air wudhunya disiramkan kepada orang yang dipandangnya. Adapun tata caranya dijelaskan dalam hadis berikut, عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ ، قَالَ : مَرَّ عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ بِسَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ ، وَهُوَ يَغْتَسِلُ فَقَالَ : لَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ ، وَلاَ جِلْدَ مُخَبَّأَةٍ فَمَا لَبِثَ أَنْ لُبِطَ بِهِ ، فَأُتِيَ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ فَقِيلَ لَهُ : أَدْرِكْ سَهْلاً صَرِيعًا ، قَالَ مَنْ تَتَّهِمُونَ بِهِ قَالُوا عَامِرَ بْنَ رَبِيعَةَ ، قَالَ : عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ ، فَأَمَرَ عَامِرًا أَنْ يَتَوَضَّأَ ، فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ، وَرُكْبَتَيْهِ وَدَا...

Hak Suami

Imej
Biasa kita dengar suami atau isteri membincangkan hal hal berkaitan suami. Tuntutan isteri pada suami. Tanggungjawab suami. Hal hal semua berkaitan suami perlu dengar dan ikut. Ya inilah hak yang selalu didambakan oleh para isteri. Ikut islam bukan ikut adat katanya. Tapi jarang kan ada orang cuba memperlihatkan tuntutan suami pada isteri. Tanggungjawa isteri. Dan juga hal hal berkaitan yang isteri WAJIB tahu.  Sebab apa jarang? “Perempuan selalu kena menang?” Ye nak menang, menang lah juga. Memang azali orang kata perempuan lebih kuat, lebih hebat, lebih sabar.  Tapi bahayanya seorang isteri bila dia tidak tahu hati suaminya bagaimana. Sebab lelaki lebih hebat mendiamkan diri. Lelaki lebih hebat menahan sabar. Lelaki lebih hebat memendam rasa. Lelaki lebih hebat mengukir senyuman walaupun terluka. Kesanya boleh jatuh dosa besar, lagi parah bila Allah melaknat perbuatan tu. Nauzubillah. Ini kebanyakan isteri kurang nampak. Kita cuba menyusuri hak suami yang diperti...