TIDUR SELEPAS ISYA'

BERJAGA MALAM. Orang yang sudah mengenal sunnah/manhaj salaf, tentu akan mengamalkan sunnah untuk tidur cepat, agar mampu bangun solat malam dan solat subuh berjamaah di masjid. Berjaga malam yang tidak ada manfaatnya, makruh(dibenci) hukumnya, bahkan boleh jatuh pada perkara haram, jika dengan berjaga malamnya itu dalam rangka berbuat maksiat. Berkata Abu Barzah RadhiAllahu ‘anhu, أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا Sesungguhnya Rasulullah SallAllahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum solat 'isya dan berbual (kosong-pent) setelah 'isya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Berkata Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah, وَالسَّمَر بَعْدَهَا قَدْ يُؤَدِّي إِلَى النَّوْم عَنْ الصُّبْح ، أَوْ عَنْ وَقْتهَا الْمُخْتَار ، أَوْ عَنْ قِيَام اللَّيْل. وَكَانَ عُمَر بْن الْخَطَّابِ يَضْرِب النَّاس عَلَى ذَلِكَ وَيَقُول : أَسَمَرًا أَوَّلَ اللَّيْل وَنَوْمًا آخِرَهُ ؟ Berjaga malam setelah 'isya boleh m...